Ramai Yang Terima Mesej ‘Ugutan’ Ini Sehari Selepas i-Sinar Diluluskan. Siapa Pemilik Akaun Yang Scammer Guna Didedahkan

Sejak kebelakangan ini, terdapat diantara ahli KWSP yang berasa teruja kerana status permohonan i-Sinar mereka telah berjaya diluluskan.

Disebabkan keterujaan itu, ada segelintir yang telah memuat naiknya dan berkongsikan di media sosial mereka berkenaan dengan perkara tersebut.

Sungguhpun begitu, pihak KWSP menerusi perkongsian di laman Twitter rasmi mereka menyeru kepada orang ramai agar tidak berbuat demikian kerana khuatir bahawa ianya mampu mengundang risiko menjadi mangsa penipuan.

TEKNIK TERBARU SC4MMER

Baru baru ini ramai yang mengadu terima satu pesanan ringkas (SMS) dari seorang individu yang tak dikenali.

Lebih menakutkan apabia mesej itu berbunyi ugutan dan memaksa penerima untuk memasukkan seribu ringgit ke dalam akaun yang ditulis.

Rata rata yang terima mesej ini adalah penerima i-Sinar. Dari mana scammer ini dapat maklumat?

Tetapi ramai yang dapat hidu bahawa ini adalah scammer. Jika anda terima daripada nombor dibawah tidak perlu layan. Sila buat laporan polis dengan segera jika rasa diri tidak selamat.

Hasil rujukan dari bank, netizen berjaya jumpa pemilik sebenar akaun yang digunakan untuk scam.

Justeru daripada itu, berhati-hatilah dalam berkongsikan segala maklumat peribadi yang berkemungkinan boleh digunakan scammer untuk menjadikan anda mangsa mereka yang seterusnya.

Pihak KWSP juga turut menggesa kepada orang ramai agar laporkan sebarang info yang mencurigakan kepada Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000.

Artikel : AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment on "Ramai Yang Terima Mesej ‘Ugutan’ Ini Sehari Selepas i-Sinar Diluluskan. Siapa Pemilik Akaun Yang Scammer Guna Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*