(Video) Bekas Suami Dato Seri Vida Akan Tuntut Harta Sepencarian Tetapi Netizen Suruh DSV Tuntut Ini Pula

“Alhamdulillah, saya lega kes sudah diputuskan dan selepas ini, terpulang kepada Cik B dan Kacak untuk menghubungi ayah mereka apabila sudah bersedia,” kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suaminya, Mohd Amin Yasin, 43, terhadap dua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Ketika ditemui media hari ini, Vida, 50, meluahkan rasa syukur dengan keputusan terhadap tuntutan yang dibuat pada 3 November lalu.

Dia Buat Saya Macam Dengan Arwah Anak Dulu" - Bekas Suami Vida Terkilan Anak Sampai Tak Dibenar Pulang Jumpa Atuk Ketika Meninggal Dunia | Gempak

“Saya rasa buat masa sekarang, mereka tidak sesuai lagi untuk berjumpa atau berhubung atas sebab tertentu dan itu juga atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri.

“Bagaimanapun saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturrahim namun untuk berjumpa secara ‘in person’, biarlah dulu,” katanya.

Beliau berkata keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty itu juga sangat tepat dan tidak mengganggu emosi kedua anaknya itu.

Bagaimanapun beliau akan mematuhi arahan mahkamah supaya membenarkan kedua-dua anaknya itu menghubungi Mohd Amin dalam usaha menjernihkan semula hubungan tiga beranak itu.

“Bila mereka (Cik B dan Kacak) dah sedia, boleh la telefon. Jangan kata mereka anak derhaka pula, kerana orang luar tidak tahu apa berlaku, hanya kami yang menanggungnya,” katanya.

Video DSV dan ANAK ANAK DI MAHK4MAH

Keputusan itu juga diterima baik oleh Cik B yang bersetuju untuk berhubung semula dengan bapanya sebaik bersedia suatu hari nanti.

Sambil menafikan dakwaan bahawa ibunya menghalang daripada dia dan adiknya berhubung dengan bapa, Cik B hanya mendoakan agar dipermudahkan urusannya dua beradik.

“Saya akan hubungi ayah kalau dah ‘ready’ cuma tak tahu akan ambil masa atau tidak. Semoga Allah permudahkan,” katanya.

AKAN TUNTUT HARTA SEPENCARIAN

Malaysiakini - Isu anak: Bekas suami heret Vida ke mahkamah

Sementara itu Mohd Amin berkata, dia berlapang dada menerima keputusan mahkamah dan setia menunggu dua anaknya itu untuk menghubunginya sebaik mereka bersedia namun akan cuba membuat rayuan sekiranya perkara itu tidak berlaku.

“Cuma selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai.

“Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dunia dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir,” katanya sambil menambah baru mempunyai keyakinan membuat tuntutan berkaitan.

NETIZEN SURUH DATO SERI VIDA TUNTUT NAFKAH ANAK PULA

 Datuk Seri Vida , 50, bersama dua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, hari ini. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Netizen mula luahkan rasa pelik apabila cerita bekas suami tuntut ‘harta’ dari Dato Seri Vida.

Rata rata netizen meminta DSV pula tuntut nafkah kerana rasanya bekas suami DSV sudah lama tidak bayar nafkah.

“Harap DSV tuntut balas nafkah anak2 plk…. Nmpk sgt bekas laki gila harta, semua benda nak tuntut”

“Bkn nk backup dato vida…mslhnya ank da besaq bru nk tuntut..mmg la org akn ckp dia gila harta da bertahun bercerai ttiba nmpk ank bini da bjaya bru nk tuntut itu ini behh”

“Patut bini tuntut, ni terbalik plok..”

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "(Video) Bekas Suami Dato Seri Vida Akan Tuntut Harta Sepencarian Tetapi Netizen Suruh DSV Tuntut Ini Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*