
Sehari selepas seorang warga emas ma.ut selepas kemalangan yang dikaitkan dengan jalan berlubang, trage.di sama berlaku lagi di Lembah Klang hari ini.
Menurut polis, mang.sa adalah seorang lelaki berusia 31 tahun dan kejadian berlaku di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.15 tengah hari ini apabila mang.sa menghampiri lampu isyarat simpang tiga dan terlang.gar lubang di bahu jalan, menyebabkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan.
Katanya, mang.sa terbabas di lorong kiri jalan dan disahkan ma.ut di tempat kejadian oleh pembantu perubatan.
“Be.dah siasat akan dijalankan setelah dapat keputusan Cov.id-19 di Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Siasatan diteruskan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu hari ini, satu rakaman video menunjukkan mang.sa terbaring di jalan sebaik selepas kemala.ngan tular di media sosial.
Video itu dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal, yang menggesa pihak berkuasa mengambil maklum akan keadaan jalan di kawasan itu yang terletak berdekatan dengan pusat beli-belah The Curve.
RUPANYA INI BUKAN KEJADIAN PERTAMA
“Sekarang sudah 2021, kemala.ngan sudah banyak kali terjadi di sini. Sebelum ni tak ada kema.tian tetapi hari ini libatkan kema.tian.
“Minta harap pihak berkenaan tolong bantu. Kami rider tak minta pun jalan bersih, tapi jalan yang rata,” katanya dalam rakaman tersebut.
Semalam, seorang lelaki berusia 75 tahun mening..gal dunia selepas motosikalny hilang kawalan – juga dikaitkan dengan jalan berlu.bang – di Jalan Tengah menuju ke Mid Valley.
Menurut The Star, mang.sa dikenali sebagai Ho Yan Yee dan kejadian berlaku pada pukul 7.30 pagi.
Isu jalan berlubang hangat diperkatakan setelah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin cedera setelah kema..langan ketika berbasikal di Banting akibat jalan berlubang.
Permintaan maaf serta-merta oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Langat berhubung kejadian itu menimbulkan kema..rahan orang ramai yang mempersoalkan kejadian seumpamanya sebelum ini yang bukan melibatkan menteri.
Video:
Sumber : MALAYSIA KINI
Leave a Reply