Nak Balik Ke Kuala Lumpur Tidak Boleh. Jalan Ditutup Habis (Gambar Dan Video)

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang dinaiki air kira-kira 1 meter sepanjang kira-kira satu kilometer berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

LALUAN LPT di KM 198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang dinaiki air. FOTO ihsan Anih Berhad

ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata, semua lorong ditutup kepada semua kenderaan.

“Sehubungan dengan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur mohon tangguhkan perjalananbuat sementara waktu.

“Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya,” katanya.

Video:

Jika di Kuala Lumpur dan Selangor, hujan tidak berhenti dari malam tadi sehingga sekarang (11.30 pagi).

Johor banjir pada tahun baharu 2021

Tirai tahun baharu 2021 di negeri ini agak suram apabila hujan lebat sejak awal pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Keadaan itu bertambah buruk selepas air pasang besar turun melanda negeri ini sehingga menyebabkan air naik sehingga paras pinggang.

Ketua Kampung Pasir, Skudai, Azmi Bismi berkata, kejadian banjir kali ini merupakan kali ketiga dalam masa dua bulan.

“Kali pertama berlaku pada 22 November 2020 dan keesokkan harinya banjir lagi akibat hujan lebat dan air pasang besar.

“Walaupun berlaku banjir tetapi penduduk tidak berpindah ke mana-mana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebab air naik sekejap sahaja dalam dua tiga jam sahaja.

“Mereka (penduduk) pindah ke kawasan lebih tinggi sebelum pulang ke rumah masing-masing selepas air surut,”katanya ketika ditemui di sini semalam.

Azmi menasihatkan penduduk supaya meletakkan dokumen penting dan barang berharga ditempat yang selamat supaya tidak rosak atau dihanyutkan air.

Sementara itu, seramai 26 mangsa daripada tujuh buah keluarga dipindahkan selepas kediaman mereka di Kampung Laut, Batu 10, Skudai di sini turut dinaiki air.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 12.37 tengah hari.

Menurut beliau, seramai 11 anggota beserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati beberapa kediaman telah dinaiki air setinggi dua kaki dan paras air masih terus meningkat.

“Sehubungan itu seramai 26 mangsa telah diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambahnya, mangsa yang dipindahkan termasuklah dua warga emas, empat kanak-kanak dan seorang bayi.

Operasi menyelamat itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 3.30 petang.

Sumber : HMETRO / UTUSAN

Be the first to comment on "Nak Balik Ke Kuala Lumpur Tidak Boleh. Jalan Ditutup Habis (Gambar Dan Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*