Setelah Banyak Kali Ditagged Dalam Facebook, Akhirnya Ustaz Ini Beri Kenyataan Tentang Isu Youtuber Princemeed Diganggu Jin

Sebelum kita mulakan apa yang terjadi, hendaklah kita tahu bahawa memang wujud makhluk lain selain dari manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Jin dan syaitan memang wujud.

Baru baru ini tular di media sosial dimana seorang Youtuber yang bernama Princemeed telah diganggu dengan satu entiti atau makhluk halus selepas dia membeli sebuah kotak misteri bernama Dybuk Box.

Youtuber, Princemeed memang terkenal dengan membuat content video berkaitan dengan misteri dan konspirasi.

Menurut beliau, dia mula diganggu sejak membeli kotak Dybuk dari Ebay tahun lalu. Kerana selalu sangat diganggu dia telah membuang kotak tersebut di satu lokasi hutan di jalan Karak lama.

Selepas dia membuang kotak tersebut gangguan menjadi semakin teruk sehingga dia sendiri tidak berani untuk tidur di bilik dia sendiri.

Gangguan seperti bunyi tapak kaki, troli bergerak dan macam macam lagi telah membuat dia menjadi sangat dalam ketakutan.

Meminta Bantuan Dari Perawat Tradisional.

Pusat Rawatan Al Idrus telah datang untuk membantu Princemeed dalam membuang apa yang sedang menggangu dia sebelum ini.

Pusat Rawatan Al Idrus telah membuat satu sesi ruqyah LIVE dan waktu sessi tersebut salah seorang ahli dari Pusat Rawatan Al Idrus telah dirasuk.

Menurut entiti yang merasuk, mereka marah kerana Princemeed telah buang kotak tersebut. Bukan satu entiti tetapi ada entiti lain.

Ustaz dari Pusat Rawatan Al Idrus memberitahu Princemeed juga mempunyai saka.

Selepas upacara ruqyah tersebut, Princemeed memberitahu bahawa dia dapat tidur dengan nyenyak.

Video sesi tersebut kami letak di bawah artikel ye ..

ADAKAH APA YANG BERLAKU BETUL ATAU TIPU?

Acap ni anak yang baik, Dia nak sangat balik ke pangkuan keluarga dan isteri. Dia tak nak tinggal kat sana pun…” Perkongsian Ustaz Norazri – Hiburan Kini

Seorang ustaz yang agak terkenal dalam perawatan Islam telah tampil beri kenyataan tentang apa yang terjadi kepada Princemeed.

Dia membuat kenyataan selepas ramai yang ‘tagged’ Ustaz Norazri Medzlan untuk komen apa yang terjadi kepada PrinceMeed.

“Ramai yg tagged saya, tanya pasal benda ni; “kotak dybbuk.” baiklah saya komen sikit je. Pada saya, ini hanyalah kotak biasa yg dijual dalam ebay, cuma disertakan benda² pelik & dihias bagi seram sikit.

Sebenarnya dalam rawatan islam, tak ada kaedah seru jin masuk pada badan seseorang semata-mata hanya utk berdialog. Pasti ke jin, syaitan, iblis laknatullah itu berkata benar? Pasti ke? Ini buang masa & menjerumus talbis.

Stop. Sentiasalah berfikiran positif. Selagi dilayan selagi itu tiada kesudahan”

Jadi apa pendapat anda? Betul betul ke Princemeed kena kacau? Apa pun layan dulu video dibawah dulu..

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN

Be the first to comment on "Setelah Banyak Kali Ditagged Dalam Facebook, Akhirnya Ustaz Ini Beri Kenyataan Tentang Isu Youtuber Princemeed Diganggu Jin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*