Gadis Ini Cium Baju Setiap Lelaki Untuk Tahu Mana Satu Suami Dia, Netizen Mula Luah Rasa Meluat (Video)

Hiburan, siapa sahaja yang tidak suka berhibur kan? Lagi-lagi kalau bergurau-senda dengan kawan main ‘game’ tertentu, sampai boleh lupa masalah dunia!

Baru-baru ini, tular satu rakaman video aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang warganet di laman sosial Twitter.

Video tersebut memaparkan gelagat seorang wanita dipercayai sedang bermain sebuah ‘game’ mencari suaminya dengan cara mengenal pasti ‘bau’ pasangan dalam keadaan mata tertutup.

Dalam pada itu, dia perlu menghidu setiap jejaka yang berada di hadapannya bagi mencari di antara jejaka-jejaka itu, mana satu suaminya.

Boleh la cuba lepas ni?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan permainan terbabit dan bercadang untuk mencuba dengan pasangan masing-masing nanti.

‘Single’ takde la pasangan

  

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang tidak menggemari perbuatan itu dan berasa ‘geli’ sewaktu menonton aksi berkenaan.

Geli nak cium baju orang lain

  

Apabila menjengah ke laman aplikasi TikTok milik wanita itu, majoriti warganet mengecam ‘game’ beserta individu yang terlibat.

Kenapa biar isteri sentuh lelaki lain?

Tak tau ke pasal halal haram?

Jangan jadi dayus

Seronok-seronok juga, tapi jangan sampai memalukan diri sendiri. Nasib baik dapat pasangan yang ‘sporting’, kalau tidak siap sedialah untuk ‘berperang’.

Sumber: TikTok @puspawangirauza, Twitter @IbuPeri__

Be the first to comment on "Gadis Ini Cium Baju Setiap Lelaki Untuk Tahu Mana Satu Suami Dia, Netizen Mula Luah Rasa Meluat (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*