Suami Tengah Seronok Main Betul Betul Telekung Isteri, Tiba Tiba Dia Terlupa ..

Setiap pasangan yang berumah tangga, pasti impikan ikatan perkahwinan dibina kekal hingga ke akhir hayat. Malah, setiap pasangan mempunyai cara mereka untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Seperti satu video tular ini, sepasang suami isteri berkongsikan momen sweet mereka sedang bersiap untuk menunaikan solat di TikTok, namun lain jadinya apabila ia bertukar menjadi kelakar.

Difahamkan, si isteri pernah mengalami kemalangan sehingga menyebabkan tanggannya tidak bole bergerak banyak. Disebabkan keadaannya, suaminya membantu memakaikan telekung.

TERLUPA DAH ADA WUDUK

Namun, setelah selesai menyarungkan kain telekung, secara tiba-tiba si suami pantas mencium dahi isterinya. Lebih melucukan kedua-dua mereka terus ketawa selepas terlupa masing-masing sudah mempunyai air wuduk.

Meskipun terpaksa mengambil air wuduk semula, namun apa yang menjadi perhatian terpancar kebahagiaan pada wajah pasangan itu. Malah, kapsyen yang disertakan lucu, mana tidaknya orang perempuan pantang sungguh jika suami pegang jika ada wuduk, boleh buat gaduh katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat keharmonian pasangan itu serta menitipkan doa agar si isteri segera sembuh dan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.

Sumber : Gulapop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Suami Tengah Seronok Main Betul Betul Telekung Isteri, Tiba Tiba Dia Terlupa .."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*