Tukang Rakam Video Ini Gelar Penunggang Basikal Seorang ‘Betina’ Apabila Gadis Itu Terjatuh Di Tengah Jalan Raya Sesak

Sejak kebelakangan ini ada sahaja cerita tak sedap didengar melibatkan geng basikal. Malah, baru-baru ini hangat diperkatakan apabila seorang penunggang basikal maut dilenyek sebuah lori di Putrajaya.

Perkara itu sedikit sebanyak membuka mata geng basikal untuk lebih berhati-hati. Namun, sejak semalam tular satu video di media sosial dimana berlaku kemalangan melibatkan basikal dipercayai di Jalan Wangsa 1, Ampang.

Difahamkan, pengunggang wanita terlibat dalam kemalangan tersebut. Menerusi posting wanita tersebut, dia ketika itu sedang turun bukit dan memperlahankan basikalnya kerana keadaan jalan yang curam.

Dilabel ‘BETINA’ (VIDEO)

Bagaimanapun, tayar basikalnya termasuk ke dalam penutup longkang. Gagal mengawal basikalnya, wanita tersebut terpelanting ke seberang jalan. Namun, wanita itu bernasib baik kerana tidak dilanggar mana-mana kenderaan.

PENERANGAN GADIS TERSEBUT

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila ramai yang mengecam perakam video berkenaan yang memanggil penunggang wanita itu ‘betina’. Menerusi video itu, jelas kedengaran si perakam memanggil wanita berkenaan dengan gelaran tidak sopan itu.

KAWASAN KEJADIAN

Rata-rata netizen mengatakan bahasa digunakan oleh perakam itu sangat kasar dan tiada budi bahasa.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan komen mengatakan bahawa jalan tersebut sememangnya tidak sesuai untuk berbasikal, malah ada yang mengatakan mereka juga pernah jatuh di kawasan tersebut ketika menaiki motosikal.

Apa pun diharap geng basikal diluar sana lebih berhati-hati selepas ini dan hanya menunggang di jalan yang sesuai untuk elakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sumber : The Vocket

Be the first to comment on "Tukang Rakam Video Ini Gelar Penunggang Basikal Seorang ‘Betina’ Apabila Gadis Itu Terjatuh Di Tengah Jalan Raya Sesak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*