Kerana Tak Bayar Nafkah, Ini Hukumann Yang Dikenakan Kepada Dia

HULU TERENGGANU- Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu pada Ahad menjatuhkan huk. uman pen. jara 30 hari terhadap seorang buruh setelah didapati bersalah kerana gagal membayar nafkah anak-anaknya.

Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki berkenaan, Diang Ghani, 52, didapati bersalah mengikut Seksyen 181 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) kerana gagal melunaskan pembayaran nafkah anak-anak sebanyak RM11,000 kepada bekas isterinya.

Sebelum ini, mahkamah pada 21 April 2010 telah mengarahkan lelaki berkenaan untuk membayar nafkah enam orang anaknya sebanyak RM300 setiap bulan, sebagaimana persetujuan bersama bekas isteri.

Bagaimanapun, keengganannya membayar nafkah itu menyebabkan tunggakan terkini nafkah mencecah RM11,000.

Pada 19 Februari 2020, mahkamah telah mengarahkannya hadir ke mah. kamah setelah bekas isterinya memfailkan notis penghakiman.

Namun, dia gagal hadir dan mahkamah telah mengeluarkan waran tang. kap ke atasnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya berjaya ditahan pada 15 Disember lalu, sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, berkuat kuasa Ahad.

Sumber: Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kerana Tak Bayar Nafkah, Ini Hukumann Yang Dikenakan Kepada Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*