Selepas Aliff Satar Umum Tarik Diri Jadi Hos Di AME2020. Zizan Razak Akan Ganti Aliff, Ini Kata Kata Zizan Bila Dihubungi Oleh Pihak Astro

Stesen radio popular, ERA mengumumkan pelawak dan pelakon Zizan Razak, 36, menjadi pengacara ketiga bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

Dalam segmen Johara Pagi ERA, Ray, Haniff Hamzah dan Johan menghubungi Zizan, sebentar tadi.

“Pengacara ini dia ada Sony Playstation 5 (PS5) bukan satu tapi dua. Pengacara AME2020 adalah Zizan Razak,” katanya secara siaran langsung (live).

Ketika sesi temubual, pelakon filem Polis Evo 3 ini mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada pihak MeleTOP dan ERA kerana memilih dia bagi menggantikan tempat selebriti serba boleh, Alif Satar.

Tiga Pelawak Bergabung, Zizan Razak Jadi Hos AME2020

“Saya betul-betul mengucapkan terima kasih kepada MeleTOP dan ERA kerana mengizinkan dan memberi peluang kepada saya untuk menjadi hos.

“Walaupun tahun ini banyak dugaan, alhamdulillah ada rezeki kepada saya,” katanya.

Semalam, pihak MeleTOP mengumumkan Alif tidak akan menjadi pengacara ketiga bersama Nabil dan Jihan untuk AME2020.

SEBAB KENAPA ALIFF SATAR TARIK DIRI

Pelakon dan pengacara Alif Satar akui belum cukup yakin dengan diri dan staminanya untuk beraksi sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

Justeru Alif membuat keputusan menarik diri sebagai hos AME2020 yang sepatutnya bergandingan dengan Nabil Ahmad dan Jihan pada 20 Disember ini.

“Selepas berfikir sedalam-dalamnya, saya memaklumkan pada Astro mengenai hasrat untuk tarik diri kerana secara peribadi saya merasakan masih belum cukup stamina untuk bersama-sama pasukan itu dalam AME2020,”katanya.

Tambah Alif lagi, keputusan itu juga dibuat kerana dia tidak mahu memberi masalah terhadap kru produksi AME2020 terutama dua rakannya itu yang telah pun menjalani latihan, bacaan skrip serta perbincangan bersama tanpa kehadirannya.

“Saya juga harus berlaku adil kepada mereka berdua (Nabil dan Jihan) serta pasukan produksi yang sudah lama bertungkus-lumus menjalani latihan untuk AME, sedangkan ketika itu saya tidak dapat menyertai mereka,” katanya lagi.

AME2020 bakal berlangsung 20 Disember ini akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Bagi rakaman acara Karpet Merah AME2020 yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak.

Istimewa untuk pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, AME 2020 turut didatangkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, AME 2020 turut boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Selepas Aliff Satar Umum Tarik Diri Jadi Hos Di AME2020. Zizan Razak Akan Ganti Aliff, Ini Kata Kata Zizan Bila Dihubungi Oleh Pihak Astro"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*