Influencer Ini Jumpa Semula Nurse Yang Dia Panggil ‘B1tCH’ Selepas Diswab Test C0VlD. Ini Yang Terjadi

Baru-baru ini viral di laman Twitter apabila seorang pemuda tidak berpuas hati dengan petugas barisan hadapan yang membuat swab test ke atas dirinya. Menurutnya, jururawat yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan tersebut dikatakan ‘menjolok’ terlalu dalam sehingga menyebabkan kesakitan.

Dalam pada itu, seorang pemain bola sepak profesional tampil mempertahankan jururawat di Malaysia yang masih menggunakan cara lembut untuk ‘swab test’ berbanding dia di luar negara.

Menyumpah frontliner

 

Dalam video dikongsikan itu, dia menyumpah jururawat tersebut dengan panggilan tidak sopan. Malah, dia turut memaki tidak akan memaafkan jururawat tersebut sampai mati. Walau bagaimanapun, tindakannya undang kemarahan orang ramai yang rata-ratanya geram dengan pemuda itu mengutuk ‘frontliner’ yang cuba membantu.

Ada segelintir netizen yang mendakwa pemuda tersebut pernah menjalani pembedahan plastik di hidung menyebabkan dia merasakan kesakitan yang melampau. Tak kurang juga yang menasihati pemuda berkenaan agar tidak melontarkan kata-kata kesat walaupun keadaan diri sakit.

Respon doktor

Isu ini turut menarik perhatian doktor di laman Twitter yang rarat-ratanya geram dengan perbuatan pemuda itu. Munurut doktor Ain kesakitan yang dirasai adalah bergantung kepada individu sendiri. Mereka juga meminta agar tidak membuli jururawat kerana mereka sanggup berkorban merisikokan nyawa mereka untuk memastikan jangkitan Covid-19 tidak menular.

Pusing macam skru

Dalam pada itu, seorang pemain bola Malaysia, Luqman Hakim turut berkongsi pengalaman ‘swab test’ di luar negara seperti  dipusing macam skru.  Rata-rata netizen terhibur dengan dakwaan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada frontliner di Malaysia.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam liga utama Belgium, Jupiler Pro League. Terdahulu beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-74 menggantikan Petar Golubovic ketika pasukannya, KV Kortrijk tewas 3-1 di tangan Anderlecht.

Minta maaf

Saya sepatutnya faham bagaimana mereka kerja di bawah tekanan. Saya benar-benar mohon maaf kepada kedua-dua jururawat tersebut. Maaf kerana menjadi kurang ajar dan tidak hormat mereka.

Walau bagaimanapun, pemuda itu tampil memohon maaf selepas dikecam netizen. Dia turut melahirkan rasa terkilan atas perbuatannya itu dan berjanji akan berubah menjadi lebih baik.

Sumber : Luqman via Oh Bulan

Be the first to comment on "Influencer Ini Jumpa Semula Nurse Yang Dia Panggil ‘B1tCH’ Selepas Diswab Test C0VlD. Ini Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*