Seorang Nelayan Di Sabak Bernam Ini Terkejut Bila Dia Jumpa Seekor Ikan Yang Berkepala Buaya

Seorang nelayan pantai di sini terkejut apabila menemui spesies ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang di sini hari ini.

Sebuah laman Facebook memuat naik status memaklumkan, seorang nelayan menemui ikan ganjil berkenaan.

Status itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengguna Facebook lain.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Muhammad Aizat memberitahu, spesies ikan itu dikenali ‘Aligator Gar’.

Seorang nelayan pantai di sini terkejut apabila menemui spesies ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang di sini hari ini.

“(Ini spesies) Aligator Gar. Habitat asal Sungai Amazon,” katanya.

GAMBAR SAMA MACAM DALAM CARIAN GOOGLE?

Hasil semakan Sinar Harian mendapati beberapa gambar yang dimuat naik itu sama dengan gambar pada imej enjin carian Google.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perikanan berhubung penemuan itu.

KOMEN NETIZEN:

“Bela comel dlm aquarium.. Dh besar tak larat bela lepas ke sungai.. Alligator gar.. Sangat tidak bertanggungjawab sbb hbs spesis tempatan dia mkn”

“Rasanya masa pernah berlaku banjir besar di Johor, Ikan macam ni di temui di kaw Sri Gading dekat dgn Jambatan timbang.”

“Telur ikan ini adalah beracun..sungguh senang membiak kerana tiada ikan yang dapat memakan telur ikan ini…kalau ikan ini dah banyak maka habislah ekosistem ikan kita”

Kredit: Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Seorang Nelayan Di Sabak Bernam Ini Terkejut Bila Dia Jumpa Seekor Ikan Yang Berkepala Buaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*