Innallilah, Ziela Jalil Kehilangan Orang Yang Tersayang. Salam Takziah Kepada Beliau Dan Keluarga

Ibu kepada penerbit Datuk Ziela Jalil menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Berita duka itu disampaikan Ziela menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya lewat malam tadi.

“Telah kembali kerahmatullah ibu kesayanganku Allahyarhamah Fatimah Binti Othman,” tulisnya.

Ibu Ziela Jalil Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun

Difahamkan arwah yang berusia 70 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas Asar.

Dalam entri yang sama, penerbit produksi Pena Creative Pictures itu turut memanjatkan doa agar roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia. Lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaanya dan luaskan kuburnya,” coretnya.

Sementara itu, pelakon Maznah Zolkifli turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan suasana ketika menghadiri upacara pengebumian.

“Salam takziah kepada pemergiannya bonda Ziela Jalil tersayang Hajah Fatimah Othman kembali kerahmatullah,” katanya.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Innallilah, Ziela Jalil Kehilangan Orang Yang Tersayang. Salam Takziah Kepada Beliau Dan Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*