Sesuatu Telah Ketuk Tingkap Rumah Lelaki Ini Tanpa Henti. Dia Mula Membaca Ayat Suci Al Quran Dan Selepas Itu Ini Terjadi (Video)

Misteri ketukan pintu yang menghantui penduduk di beberapa daerah di Sabak Beram, Selangor bulan lalu, ternyata menggemparkan ramai.

Malah, baru-baru ini khabar angin bertiup kencang bahawa ketukan pintu sudah sampai pula ke Negeri Sembilan dan Melaka. Sehingga kini, tidak dapat dipastikan ‘makhluk’ yang mengganggu ketenteraman ramai tersebut.

Terbaharu, menerusi perkongsian video di Youtube oleh Bilfami TV, pemuda berkenaan yang sedang melakukan rakaman tiba-tiba diganggu dengan ketukan tingkap yang kuat.

Video berdurasi satu minit 50 saat itu menunjukkan tingkap bilik pada mulanya diketuk dengan perlahan sebelum bertambah kuat.

Pemuda tersebut yang kelihatan tenang, kemudiannya bangun dari kerusi dan terus membuka tingkap sekaligus ketukan pun berhenti.

Namun, setelah tingkap ditutup semula, kelihatan pada saat ke 32, tingkap berkenaan kembali diketuk.

Berang dengan keadaan itu, pemuda berkenaan terus mengambil kitab Al-Quran lalu mengalunkan bacaan ayat suci dengan merdunya ke arah tingkap yang dibuka.

Tidak sampai beberapa saat ayat suci dibaca, tingkap diketuk dengan kuat sebelum keadaan menjadi senyap. Tonton video di bawah. Meremang!

Video Penuh:

KOMEN NETIZEN.. ADA YANG KATA INI SEMUA LAKONAN

“Sembang je ni.. Lakunan je… Bab baca ayat alquran bagus dah, alhamdulillah.. …tp mcm xlogik…klau xbetul. Malu la gunakan benda2 camni nk publisiti…”

“Cpt dia cari surah.. Bkn kaleng2 ni… Knp dia x baca ayutul kursi….. Kan surah ni digeruni makluk bernama jin……… Jgn kecam..”

“Yg pnting dia juga mahluk Allah…yg pnting juga kita kena sntiasa beringat n jgn ckp bsr…igt Allah yg paling penting…inshaallah smua akn selamat…”

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment on "Sesuatu Telah Ketuk Tingkap Rumah Lelaki Ini Tanpa Henti. Dia Mula Membaca Ayat Suci Al Quran Dan Selepas Itu Ini Terjadi (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*