Lelaki Ini Ajar Bagaimana Nak Kenal Pasti Gangguan Ketuk Pintu Misteri Adalah Betul Makhluk Halus Atau Manusia

BELUM reda misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, Selangor, pada bulan lalu, kini khabar angin bertiup kencang mengenai kejadian itu berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.

Menerusi satu mesej yang kini tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp, penduduk di beberapa kawasan di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak membuka pintu sekiranya terdapat ketukan sebanyak tujuh kali.

“Minta penduduk di sekitar kawasan Ampangan, Sikamat, Panchor, Taman Tasik Jaya untuk tidak membuka pintu jika diketuk tujuh kali.

“Ketukan misteri dari Sabak Bernam sudah ke Negeri Sembilan,” menurut dakwaan menerusi maklumat yang kini tular.

Maklumat tersebut turut mendakwa 25 penghuni kediaman di Taman Tasik Jaya di Seremban telah membuat aduan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di lokasi berkenaan.

“Betul ke bunyi ketuk-ketuk pintu sebanyak tujuh kali tu dah sampai Negeri Sembilan dan Melaka. Kalau dengar bunyi ketukan tu jangan buka tau,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan, lewat Isnin malam.

Mesej yang tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, kejadian misteri ketukan pintu itu dinafikan oleh Pengerusi KRT Taman Tasik Jaya, Abu Hassan Osman selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, Abu Hassan dipetik sebagai berkata, penduduk di sekitar Taman Tasik Jaya tidak perlu bimbang kerana maklumat yang tular itu adalah tidak benar.

“Saya telah membuat pemeriksaan, memantau dan bertanya kepada semua penduduk di taman ini mengenai perkara tersebut, namun tidak ada yang kena kacau.

“Tiada pun orang ketuk pintu, misteri ketukan pintu tidak berlaku di taman ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengada-adakan cerita,” katanya.

Bagaimana Nak Kenal Pasti Gangguan Ketuk Pintu Misteri Adalah Betul Makhluk Halus Atau Manusia

Seorang pengamal perubatan tradisional bernama Qiqi di Facebook telah berkongsikan satu petua bagaimana nak bezakan ketukkan misteri itu adalah benar makhluk halus atau manusia biasa.

“Mereka yg prnah alami ganguan ketukan di rumah,pkara ni brlaku brulang kali…lps ishaq…taburkan tepung gandum di campurkan dgn tepung ubi,klu masih ada ketukan,bsok pagi tngok..kalau ada kesan tapak kaki..tu prbuatan manusia yg cuba ilmu mreka..mreka nak test ilmu mreka mnjadi atau tidak,sma ada halimunan,kebal,pukau dan sihir.

TABUR TEPUNG 

Jual Produk Rye Flour Tepung Gandum Murah dan Terlengkap Desember 2020 | Bukalapak

Orng yg mnntut ilmu halimunan ni..dia alah dgn 2jns tepung yg tok sbutkan…tapi kalau ketukan belaku,tepung dh tabur..xda ksan tapak kaki..atau tapak apa2..hati2..tu mngkin belaan orng yg tak bertuan…wallahhualam….”

Memang makin menjadi jadi ketukkan misteri ini dan baru baru ini ada gangguan di Pandamaran Klang dimana entiti tersebut berlari di atas bumbung rumah.

Tetapi adakah semua ini benar berlaku atau ada yang nakal saja nak permainkan orang?

Kredit: MSTAR ONLINE / Qiqi

Artikel By: AwattSyeikhh Network

 

Be the first to comment on "Lelaki Ini Ajar Bagaimana Nak Kenal Pasti Gangguan Ketuk Pintu Misteri Adalah Betul Makhluk Halus Atau Manusia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*