Peniaga Biadap Buang Tembikai Dalam Longkang Sampai Tersumbat

Seperti semua sedia maklum kawasan Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur telah dibenarkan untuk berniaga di mana mana sahaja dan hanya perlu kan permit dari DBKL.

Dengan kelonggaran ini dapat membantu ramai peniaga peniaga kecil untuk mencari sumber pendapatan di dalam musim PKP ini. Pasti anda semua perasan apabila di kawasan Kuala Lumpur banyak gerai dan foodtruck muncul.

Tetapi kelonggaran ini ada syaratnya. Antara syarat adalah tapak perniagaan tidak boleh menggangu lalulintas dan kebersihan kawasan berniaga haruslah dijaga.

Satu laman Facebook Buletin INFO 1 Malaysia/Global telah memuat naik beberapa keping gambar dimana pihak Alam Flora telah menjumpai tembikai busuk yang telah dibuang di dalam longkang.

BUANG TEMBIKAI DALAM LONGKANG

Inilah sikap segelintir peniaga jalanan yang min benci. Sudahlah mengaku susah, tetapi terus menerus menyusahkan orang lain!

Kejadian berlaku di Desa Tasik, Bandar Tun Razak. Pejabat Cawangan BTR telah menerima aduan awam, dan hasil semakan mendapati, sememangnya terdapat longkang dan Scuper Drain yang dipenuhi tembikai busuk.

Maklumat awal mendapati peniaga yang BIADAP dan KURANG AJAR ini berniaga secara tidak tetap di suatu tempat/ jalan. Akan tetapi, hanya menjalankan perniagaannya di kawasan sekitar BTR sahaja.

Jutaan terima kasih kepada Puan Suhana, Encik Salim, dan semua Petugas Kebersihan Alam Flora, kerana tidak jemu jemu dalam memastikan kebersihan tempat awam terjaga.

Kalau hujan lebat berlaku sudah pasti akan menggangu sistem pemparitan disitu. Banjirr boleh berlaku. Harap para peniaga tolong jaga kebersihan kawasan dan jangan ambil jalan mudah.

Kredit: Buletin INFO 1 Malaysia/Global

Artikel By: AwattSyeikhh Network

 

Be the first to comment on "Peniaga Biadap Buang Tembikai Dalam Longkang Sampai Tersumbat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*