Terkejut Orang Dekat Situ Bila Tiba Tiba Seekor BABl Masuk Dalam Kedai Di Alamanda. (2 Video)

Pengunjung pusat beli belah Alamanda di sini, gempar apabila seekor babi hutan dewasa menceroboh masuk

premis berkenaan.

Dalam kejadian jam 12.38 tengah hari tadi, video haiwan liar itu yang berada di dalam kedai menjual peralatan sukan sempat dirakam pengunjung yang berada di pusat beli itu sebelum tular di media sosial.

BABI hutan yang menceroboh masuk pusat beli belah. FOTO ihsan bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran haiwan liar itu sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bomba bersama dua jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke pusat beli belah itu untuk memberi bantuan.

Katanya, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati babi hutan itu masih berlegar-legar di dalam sebuah premis menjual pakaian dan peralatan sukan.

“Anggota bomba berjaya menghalau haiwan liar itu keluar dan menuju ke arah padang ragbi berdekatan pusat beli belah berkenaan.

“Kes itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi tadi.

Menurut sumber, haiwan liar itu dipercayai tersesat dan memasuki kompleks beli belah itu.

Setiap hari Ahad, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan operasi menembak babi hutan bagi memantau kehadiran haiwan liar itu di pusat pentadbiran kerajaan selain memastikan keselamatan penduduk.

Video 1:

Video 2:

Komen netizen yang dipetik dari group Cyberjaya Info

“Dia happy dapat rentas negeri”

“Dia kan kalau lari memang laju. Tu nak cari kasut tu. sakit kaki dah selama ni takde kasut. Pulak tu year end sale.”

“Tahulah smlm dah diumunkan blh rentas daerah ngn negeri so dia ambk kesempatan g shopping”

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Be the first to comment on "Terkejut Orang Dekat Situ Bila Tiba Tiba Seekor BABl Masuk Dalam Kedai Di Alamanda. (2 Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*