2 Rakyat Bangladesh Kena ‘Sound’ Kerana Memancing Tepi Sungai Melaka. Netizen Luah Simpati Dan Kecam Tukang Rakam

Pada zaman PKP ini ramai yang kehilangan punca pendapatan dan ini bukan kepada rakyat Malaysia sahaja. Ada juga rakyat lain yang berada dalam Malaysia dan mereka turut terkesan dengan keadaan zaman sekarang.

Video Berada Di Bawah Artikel

Bayangkan, nak makan pun tidak cukup duit dan ada antara mereka terpaksa mencari sumber makanan yang lain seperti memancing.

Video yang telah dimuat naik oleh satu laman Facebook bernama Melaka Explorer menunjukkan 2 warganegara asing Bangladesh sedang memancing ikan di tepi sungai Melaka yang terletak di Bandar Hilir.

Video tersebut telah mendapat 300 perkongsian dan 646 tanda suka. Tetapi yang menariknya adalah komen komen di dalam video tersebut.

Video yang menunjukkan 2 warganegara Bangladesh memancing telah didatangi oleh seorang individu menegur mereka kenapa memancing di Sungai Melaka.

Menurut individu tersebut, kawasan situ (Sungai Melaka) tidak dibenarkan memancing kerana ikan ikan tersebut dibela.

Mereka telah menaikkan banyak ikan dan individu tersebut telah mengarahkan mereka melepaskan ikan ikan ke dalam sungai semula. Mereka turut diberitahu jika ada penguatkuasa datang mereka boleh disaman atau boleh ditangkap.

Jelas kelihatan dukacita pada salah seorang warga Bangladesh itu. Munkin ikan ikan itu adalah makanan dia untuk hari ini tetapi terpaksa dilepaskan semula.

Netizen mula meninggalkan komen dan rata rata tidak berpuas hati dengan tindakan individu tersebut.

“Tpi klau setakat nk mkn buat alas perut xjdi mslh kot..dgn skg negara ada mslh covid ..mslh kewangan lgi.kita sdri mengharap kn bntuan..mereka mana lah kita thu kn..ad mse aq xsuke jgk bangla ni..tpi bila di fikir blik..mungkin sbb dea perlu cari makan untuk diri sdri jgk kn…mne thu dorg xd duit ke..itu lh jln terbaik yg blh dea lakukan..dripada mncuri…org dh kecam lain plk kn..”

“Biar lh yg dh abik tu amaran tetap amaran..bgi je lh ..ikan tu mungkin rezeki dia….utk harini…Mana lh Tau tk de duit..tk kn nk mencuri kut…sungai tu kn luas…”

“Biar la…dia nak makan kan…bukan dia buka meja tepi jalan and jual ikan2 tue semua….rezeki Allah swt tue luas…..”

Ada juga yang menyokong tindakan individu itu menegur 2 warga Bangladesh .

“Mula2 slow je.. lama2 kalau x dtegur korang tgok la nanti.. silap2 sampai licin ikan dlm tu dorang kebas.. xckup pukat.. siap tebar jala.. puak ni bgi betis nk peha..”

“Kena tegas dan berprinsip….undang undang xboleh kompromi…ikan tu bukan hakmilik dia”

Jadi apa pendapat anda? Patut disuruh buang balik ikan dalam sungai atau biarkan je dia bawa balik sebab memang rezeki dia dapat ikan? Bincangkan ..

Video Penuh:

Artikel By: AwattSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TANPA KEBENARAN TIDAK DIBENARKAN

Be the first to comment on "2 Rakyat Bangladesh Kena ‘Sound’ Kerana Memancing Tepi Sungai Melaka. Netizen Luah Simpati Dan Kecam Tukang Rakam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*