Terlalu Ramai Orang Yang Serbu Pejabat KWSP. Pihak KWSP Terengganu Ini Yang Mereka Lakukan Untuk Mudahkan Urusan

Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pengoperasian semula cawangannya semalam, menyebabkan ada ahli yang beratur di luar premis itu seawal 8 pagi, hari ini untuk berurusan.

Noraini Sahid, 37, berkata, dia menyangka dengan hadir sebelum waktu operasi akan memudahkannya urusan, sebaliknya lain yang berlaku.

“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.

“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” katanya ketika ditemui di cawangan KWSP di sini.

Maklum mengenai kemudahan dalam talian namun, katanya, bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.

Turut menunggu, Nur Ishak Abd Rahim, 26, yang memberitahu beratur hampir sejam sebelum dapat berurusan disebabkan jumlah ahli menunggu yang ramai.

Katanya, dia bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.

“Pihak KWSP perlu ambil langkah elak orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu mencegah penularan Covid-19. Kita tidak tahu siapa pembawa,” katanya.

Dalam pada itu, pengurusan KWSP Cawangan Kluang belum dapat dihubungi untuk sebarang kenyataan.

Buka kaunter khas daftar i-Akaun KWSP

ORANG ramai di Pejabat KWSP di Kuala Terengganu mengambil kesempatan mendaftar i-Akaun KWSP di samping mengemaskini akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran caruman Akaun 1 di bawah program i-Sinar yang bakal diumumkan secara terperinci oleh kerajaan. FOTO Ghazali Kori

Rata-rata pelanggan yang datang ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu mendaftar i-Akaun KWSP selain mahu mengemaskini akaun masing-masing.

Tinjauan Harian Metro mendapati urusan berkenaan dilakukan di kiosk yang disediakan selain beberapa kaunter khas yang dibuka untuk tujuan berkenaan.

Bagi pencarum yang mempunyai urusan lain di KWSP, mereka perlu membuat temu janji secara dalam talian terlebih dahulu.

Semua pencarum yang datang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Ketua KWSP Terengganu, Rahmat Ali berkata, semua pejabat KWSP di negeri ini beroperasi seperti biasa bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, perkhidmatan kiosk juga dibuka seperti biasa bermula 7 pagi hingga 9 malam berbanding 9 pagi hingga 5 petang sebelum ini.

ORANG ramai di Pejabat KWSP di Kuala Terengganu mengambil kesempatan mendaftar i-Akaun KWSP di samping mengemaskini akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran caruman Akaun 1 di bawah program i-Sinar yang bakal diumumkan secara terperinci oleh kerajaan. FOTO Ghazali Kori

“Pencarum yang datang kebanyakannya untuk mengemas kini dan mendaftar i-Akaun mereka.

“Bagi urusan lain, kita menyediakan lima kaunter perkhidmatan yang mana ia dilaksanakan melalui janji temu secara dalam talian.

“Pelanggan perlu membuat temu janji melalui laman web KWSP sebelum hadir ke kaunter bagi mengelak kesesakan memandangkan kita masih berdepan dengan Covid-19.

“Semalam sahaja, hampir 1,000 pencarum datang untuk mengemas kini akaun i-Akaun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi Mohd Jais Ismail, 39, dia datang untuk mengemas kini akaun KWSP miliknya selain mendaftar i-Akaun.

“Saya buat keputusan daftar secara talian sebab lagi mudah mahu tengok jumlah duit yang ada,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Terlalu Ramai Orang Yang Serbu Pejabat KWSP. Pihak KWSP Terengganu Ini Yang Mereka Lakukan Untuk Mudahkan Urusan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*