Ketika Keluar Dari Mahk4mah, Dai Syed Sempat Bagi Satu Kenyataan Kepada Wartawan (Video)

SUSULAN enam laporan diterima pihak po.lis membabitkan pelbagai kesalahan sek.sual, re.man terhadap pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed disambung lagi selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Perintah re.man dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mah.kamah Tinggi Shah Alam, Tuan Ahmad Feisal Mohd Azmi pada Selasa.

Da’i Syed atau Syed Syah Iqmal Mohammad Shaiful Syed Jamallulail kelihatan tenang ketika hadir ke Kompleks Mah.kamah Shah Alam kira-kira pukul 11 pagi.

Suspek yang berusia 25 tahun memakai baju yang sama berwarna hijau ketika hadir untuk permohonan re.man pertama pada Jumaat, 27 November lalu.

Dia yang kelihatan kusut dan seolah-olah tidak terurus bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang membuat liputan.

Ini Kata Kata Dai Syed Ketika Keluar Mahk4mah

“Terima kasih banyak semua. Alright thank you… Assalamualaikum jumpa lagi,” katanya sebelum meninggalkan mah.kamah sebelum memasuki kenderaan po.lis.

Sementara itu peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili suspek memberitahu pihak media, Da’i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

“Dia menafikan sebarang kesa.lahan terhadap aduan atau tuduhan yang dibuat terhadapnya dan dia sedia memberi kerjasama kepada polis untuk membuktikan bahawa dia tidak bersa.lah.

“Dia akan cuba membersihkan namanya melalui peruntukan undang-undang yang ada.

“Saya dimaklumkan ada banyak report tiba-tiba muncul, ada kemungkinan akan disambung siasatan di balai-balai lain,” ujar peguam bela kepada mStar.

Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas po.lis menerima laporan dakwaan ro.gol terhadapnya.

Manakala pada Isnin, Ketua Siasatan Jena.yah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata, pihak po.lis menerima enam laporan mengenai salah laku sek.sual membabitkan Syed.

Siasatan bakal dijalankan di bawah Kanun Kese.ksaan iaitu seksyen 376 kerana mero.gol, seksyen 354 kerana melakukan ca.bul, seksyen 377 iaitu se.ks luar aturan tab.ii dan skesyen 323 kerana mendatangkan kece.deraan.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Ketika Keluar Dari Mahk4mah, Dai Syed Sempat Bagi Satu Kenyataan Kepada Wartawan (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*