PU Abu Kena ‘Tempias’ Kerana Tuduhan Dai Syed R0goL Gadis. PU Abu Tidak Berdiam Diri Dan Ini Respondnya

GARA-GARA menasihati netizen agar tidak sewenang-wenangnya mengadili musibah menimpa Da’i Syed, kisah rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang menjadi kontroversi pada tahun lalu diungkit semula.

Abu menerusi Instastory berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menganggap pendakwah bebas itu tidak layak bersuara kerana pernah menceraikan bekas isteri iaitu Ain Afini yang sedang hamil.

“Tak layak nak ingatkan orang. Ceraikan bini pun masa dia mengandung. Ada hati nak nasihat,” tulis individu itu.

Abu bagaimanapun menganggap individu tersebut tidak memahami mesej yang cuba disampaikan menerusi kenyataannya sebelum ini.

“Bila tak memahami apa yang kita tengah cakap tapi nak juga ulas apa kita cakap. Inilah jadi. Aku hanya cakap soal berhenti bicara fasal orang tak kira siapa pelaku kesalahan itu.

“Bukan memilih siapa pelakunya. Contoh, bila kita terdengar seseorang yang ada sejarah tidak baik diuji kita sebut ia sebagai bala, balasan tetapi seseorang yang dikenali sebagai seorang yang baik diuji kita sebut sebagai ujian.

“Bukankah itu dikira sebagai double standard. Agama tidak pernah mengajar penganutnya menjadi seperti itu. Lebih baik kita diam daripada kita nak komen atau ulas isu orang.

“Kerana semua itu berkait tentang saham kita di akhirat nanti. Semuanya akan dihitung,” kata Abu.

Pada Jumaat, Abu menyuarakan pendapatnya berhubung isu pendakwah muda Da’i Syed didakwa melakukan perbuatan merogol seorang gadis.

Abu menegur sikap segelintir netizen yang disifatkan terlalu mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain meskipun tidak mengetahui situasi sebenar.

Dalam pada itu, Abu turut membalas mesej seorang lagi netizen yang menuduh dirinya seperti tidak mahu mengakui kesalahannya pernah menceraikan isteri dalam keadaan mengandung.

Menurut Abu, dia menyesali perbuatannya itu dan mencuba sedaya upaya untuk menebus segala kesilapannya.

“Demi Allah aku tidak pernah mempertahankan apa yang telah aku buat setahun lalu. Malah aku menganggap kalau tak diuji dengan viral mungkin aku tak ambil pengajaran.

Status yang dimuat naik PU Abu berhubung isu Da’i Syed pada Jumaat.

“Hanya keluarga dan orang terdekat saja tahu macam mana struggle aku cuba tebus segala salah silap aku. Cuma bila mengenangkan momen viral tahun lalu, jangan kata ulas, perli, hina semua aku terima daripada influencer, public figure, ustaz selebriti dan netizen.

“Sekarang aku faham semua manusia ada aib cuma Allah simpan aib kita. Korang yang aib masih tersorok berhentilah berkata fasal aib orang tak kira di media sosial atau sebaliknya.

“Sebab hari ini kita cakap fasal aib orang, satu hari mungkin 1000 orang akan cakap fasal aib kita,” ujarnya.

Kisah PU Abu menceraikan Ain Afini yang sedang hamil anak pertama mereka dan berkahwin dengan usahawan bernama Hana Azraa pernah menjadi perbualan hangat netizen sekitar April tahun lalu.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Be the first to comment on "PU Abu Kena ‘Tempias’ Kerana Tuduhan Dai Syed R0goL Gadis. PU Abu Tidak Berdiam Diri Dan Ini Respondnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*