‘Boyfriend’ Cik B Akhirnya Buka Mulut Untuk Jelaskan Hubungan Dia Dengan Anak Perempuan Dato Seri Vida

Bintang Hero Remaja yang kini bergelar pelakon, Aniq Suhair menjelaskan bahawa hubungannya bersama anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, Cik B tidak lebih dari seorang kawan.

Ketika dihubungi Gempak, Aniq akui dia ada berkongsi beberapa foto bersama Cik B di media sosial namun itu semua adalah sekadar mempromosikan drama lakonan mereka, Lelaki Lingkungan Cinta.

“Kami berdua hanya bercinta dalam cerita itu sahaja, dekat luar kami hanya kawan biasa, saya memang tiada niat langsung untuk bercinta dengan Cik B.

“Seperti yang ramai tahu, Cik B pun masih bawah umur, dia baru 15 tahun dan masih belajar, saya pun masih belajar sedang buat ijazah, tambahan lagi, saya masih baru dalam industri, buat masa ini saya memang belum bersedia untuk bercinta.

“Saya masih muda, banyak lagi perkara penting yang saya harus fikir, sekarang, saya letakkan komitmen pada kerjaya dan pelajaran,” katanya.

Kongsi Gambar Boyfriend, Netizen Ucap Tahniah Pada Cik B

Ditanya berkaitan segelintir netizen yang cuba mengaitkan dirinya dengan gosip Alvin Chong bercinta dengan gadis bawah umur yang menjejaskan kerjaya sebelum ini, Aniq berharap agar orang ramai memahami situasi sebenar.

“Jika ada yang mengaitkan saya seperti isu Alvin Chong sebelum ini, saya harap mereka periksa balik perkara sebenar dan tonton drama lakonan saya bersama Cik B ini.

“Apapun yang kami kongsi di media sosial, itu semua tujuan untuk bergurau dan mengajak orang untuk sama-sama menyaksikan drama ini sahaja,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Penyanyi dan pelakon Alvin Chong meluahkan rasa kecewa apabila kontraknya dengan sebuah syarikat aplikasi digugurkan gara-gara gosip bercinta dengan gadis bawah umur.

Gosip tersebut juga menyebabkan penyanyi Sayang Salmah itu dituduh pedo-filia.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "‘Boyfriend’ Cik B Akhirnya Buka Mulut Untuk Jelaskan Hubungan Dia Dengan Anak Perempuan Dato Seri Vida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*