Imam Masjid Jumpa Jen4zah Bayi Perempuan. Polis Dedahkan Sebab Kenapa Ibu Bapa Bayi Ini Tergamak ‘Tinggalkan’ Anak Sendiri

Semalam tular di media sosial, kisah m4yat seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di luar masjid. Bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping nota ‘amanah’ ibu bapanya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah Masjid Sungai Way, Petaling Jaya.

Tinggalkan surat sebab kenapa mereka sanggup buat begitu

Menerusi surat tersebut, ibu bapa kepada bayi itu meminta jemaah masjid untuk menguruskan jenazah anaknya. Jelasnya, dia tidak tahu menguruskan jenaz4h anaknya.

Saya jahil, berdosa besar dan tak sanggup nak tengok jenazah anak saya. Tolong uruskan anak saya dan kebumikan dengan cara Islam.

Tambahnya, dia (ibu bapa kepada bayi) telah dibuang oleh keluarga mereka sendiri. Tidak berakhir di situ, mereka turut menceritakan masalah kewangan menjadi punca utama bayi tersebut tidak dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sudah ditahan polis

Menerusi siaran media pihak polis Daerah Petaling Jaya, pihak polis telah menangkap seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara asing yang terlibat dalam kes pembuangan bayi tersebut. Mereka berdua ini telah ditangkap di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.

Menerusi siasatan, kedua-dua suspek telah mengaku bertangunggjawab meninggalkan bayi tersebut di pintu luar masjid. Mereka berdua kini telah ditahan dan akan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Di samping itu, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Kes3ksaan, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda dan penj4ra selama dua tahun.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan daripada Imam masjid akan penemuan bayi berusia empat bulan yang ditinggalkan di hadapan pintu masjid.

Bayi tersebut telah dibungkus di dalam sebuah plastik dan ditinggalkan bersama sepucuk nota.

Siaran media

Sumber: Mohd Redzuan Abd Manap via Oh Bulan

Be the first to comment on "Imam Masjid Jumpa Jen4zah Bayi Perempuan. Polis Dedahkan Sebab Kenapa Ibu Bapa Bayi Ini Tergamak ‘Tinggalkan’ Anak Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*