Lelaki Ini Bawa Teman Wanita Untuk Jumpa Keluarga. Apa Yang Ibu Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai Tak Puas Hati

Anak lelaki yang rapat dengan ibu mereka memang akan berasa gusar untuk membawa teman wanita berjumpa dengan keluarga kerana takut akan ditolak terutamanya oleh ibu mereka.

Situasi itu dapat dilihat dalam sebuah video yang tular dengan hampir 2 juta tontonan di Twitter, di mana seorang lelaki India membawa teman wanitanya ke rumah untuk menyambut hari jadi ibunya.

Dalam klip yang dikongsikan, teman wanita lelaki berkenaan yang berlainan bangsa memberikan hadiah kepada ibu lelaki terbabit, namun hadiah tersebut diterima dengan pandangan menyampah sebelum diletakkan di atas meja.

Screenshot 2020-11-20 231702-tile

Wanita tersebut kemudian berkata bahawa jika dia tahu gadis tersebut ingin datang dia tidak akan membuat sambutan hari jadinya.

Malah sepanjang pertemuan itu wanita tersebut terus terang mengatakan bahawa dia tidak menyukai kehadiran teman wanita anaknya itu dan tidak ingin bertentang mata dengannya.

Dalam klip lain yang dikongsikan, wanita tersebut berkata bahawa dia tidak akan membenarkan gadis itu merampas anaknya.

Apabila lelaki tersebut berkata kepada ibunya bahawa dia tetap akan bersama dengan teman wanitanya dan akan pergi jika ibunya tidak dapat menerima hubungan mereka, wanita tersebut mengugut bahawa dia akan mati jika anaknya pergi dengan gadis itu.

Klip dari rancangan realiti TV I Love A Mama’s Boy itu mengundang netizen untuk meluahkan rasa geram terhadap ibu lelaki terbabit.

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lelaki Ini Bawa Teman Wanita Untuk Jumpa Keluarga. Apa Yang Ibu Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai Tak Puas Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*