Ramai Terputus Bekalan Elektrik, Punca Sebenar Hilang Elektrik Yang Mereka Jumpa Memang Tak Disangka Langsung

#Gambar diatas sekadar hiasan

Sandakan: Seekor burung helang yang terlanggar talian elektrik bervoltan tinggi menjadi punca gangguan bekalan elektrik di sekitar bandar Sandakan, di sini, kelmarin.

Gangguan selama kira-kira setengah jam yang bermula 6.05 petang itu menjejaskan lebih 3,600 pengguna termasuk pejabat dan kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Turut mengalami gangguan ialah beberapa kilang dan perumahan termasuk IOI Edible Oils, Weldan, Forest Marine Complex, Kampung Bahagia, Kampung Gas, Sinora Sawmill dan Prospect One Sawmill.

Selebihnya, ialah Kampung Gas Kecil, Desa Permai, Taman Poh Hing, Kilang Cymao, Hing Lee Fishing, Kampung Sundang, Sri Kemajuan Sawmill, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, Sandakan Plywood (Golden Gate) dan Sabah Agri Fertilizer.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan SESB semalam, siasatan syarikat utiliti itu mendapati gangguan berkenaan disebabkan bekalan elektrik yang disalurkan menerusi talian 33 kiloVolt (kV) ke kawasan terbabit terputus.

BANGKAI helang berkenaan. FOTO Ihsan SESB

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penemuan bangkai seekor helang di bawah menara talian bervoltan tinggi dan ia dipercayai mati disebabkan terlanggar talian atas menara itu.

“Berdasarkan penemuan itu, SESB akhirnya berjaya mengenal pasti punca utama gangguan bekalan elektrik di kawasan berkenaan iaitu seekor burung helang,” katanya.

Selepas mengenal pasti punca gangguan, kerja memulihkan bekalan dilaksanakan dan selesai pada jam 6.36 petang, dengan tempoh gangguan selama 31 minit.

SESB menasihatkan pengguna supaya menghubungi syarikat utiliti itu melalui talian SESB Careline 15454, 088-515000 atau melalui Whatsapp 019- 8525427 jika berlaku gangguan bekalan di kawasan mereka.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Ramai Terputus Bekalan Elektrik, Punca Sebenar Hilang Elektrik Yang Mereka Jumpa Memang Tak Disangka Langsung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*