Selepas Diperli Nabil Dalam Gegar Vaganza. Ini Respond Balas Diva Azwan Ali Yang Pasti Buat Nabil Terduduk

Setelah lama menyepi daripada industri hiburan, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kembali beraksi di kaca televisyen. Digandingkan bersama Elly Mazlein, Diva AA diberi peluang untuk menjadi pengacara di program TV3 iaitu Lagu Cinta Kita Musim Kedua.

Dalam episod semalam, nama Azwan Ali menjadi trending di Twitter apabila seorang pengacara terkenal tanah air telah didakwa menyindir dirinya ketika masing-masing sedang bersiaran langsung di televisyen.

Tiba-tiba pegang mikrofon

“Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah.

Pengacara terkenal, Nabil Ahmad didakwa memerli Diva AA ketika sedang melakukan siaran langsung program Gegar Vaganza. Nabil dipercayai meniru gaya dan aksi Diva AA ketika sedang bersiaran. Susulan daripada itu, dia telah menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara perbuatan tersebut.

Meskipun tidak menyebut ayat berkenaan ditujukan kepada mana-mana individu, netizen pantas membuat kesimpulan lebih-lebih lagi apabila Nabil turut didakwa mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Diva AA .

Trending again!

Ekoran daripada itu juga, Diva AA telah memuat naik satu tweet dan meletakkan emoji ‘tepuk tangan’ kerana episod Lagu Cinta Kita 2 semalam, telah trending di Twitter. Pada masa yang sama, Diva AA turut menyatakan ‘no wonder’ hos yang memerli dirinya itu menyalak.

You have your own class

Rata-rata netizen memberi pujian terhadap Diva AA. Menurut netizen, Diva AA tidak perlu melayan kata-kata mahupun cacian daripada ‘haters’. Netizen juga berharap Diva AA akan terus menjadi pengacara selepas ini.

Sumber: Diva AA via Oh Bulan

Be the first to comment on "Selepas Diperli Nabil Dalam Gegar Vaganza. Ini Respond Balas Diva Azwan Ali Yang Pasti Buat Nabil Terduduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*