Mawar Rashid Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular Di ABPBH. Netizen Mula Luah Rasa Bingung, Rupanya Sebab Ini

Mawar Rashid mencipta kejutan apabila memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Mawar atau nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid meleburkan harapan pelakon popular wanita lain seperti Mira Filzah, Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira.

Ini adalah kemenangan sulung Mawar di pentas ABPBH selepas beberapa kali tercalon.

NETIZEN ‘TAK JUMPA’ FILEM APA MAWAR BERLAKON

Mawar Rashid memenangi anugerah pelakon filem wanita popular sempena ABPBH ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto NSTP

Selepas Mawar Rashid diumumkan sebagai pemenang, tular di media sosial satu soalan yang bermain di fikiran netizen. Filem apakah yang dia berlakon sehingga menang anugerah?

Tiada info filem apakah yang buat dia diundi sebagai bintang paling popular. Netizen sanggup ‘google’ untuk mencari tetapi tidak juga jumpa.

Pihak Mawar Rashid juga belum memaklumkan filem apa walaupun banyak soalan diajukan di dalam media sosial Facebook dan juga Instagram rasmi Mawar Rashid.

“Siapa tahu dia berlakon cerita apa? nanti sy belanja laksa”

Tahniah Mawar Rashid …

KALI PERTAMA MENANG ANUGERAH ABPBH

Mawar Rashid - Pelakon Filem Wanita Popular | #ABPBHKITA2020 - YouTube

 

Mawar yang sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan usahawan, Raf Yaakob mula berhijab sejak sambutan Maal Hijrah, Ogos lalu.

Pada awal pembabitannya, dia pernah digelar ‘Mawar GST’, ketika bersaing pada program pencarian Dewi Remaja, kira-kira lima tahun lalu.

Antara drama lakonan Mawar adalah Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet selain filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci.

“Syukur, Alhamdulillah, saya sebenarnya dalam industri ini ada jatuh bangun. Bagaimanapun, saya terharu kerana ini kali pertama dalam tempoh tujuh tahun dalam industri, saya menang anugerah.

“Saya sangat sebak kerana kemenangan ini adalah disebabkan peminat yang tidak jemu menyokong saya.

“Bagi saya, trofi ini sangat bermakna. Saya berhasrat untuk mengembangkan bakat yang ada, seterusnya membina nama dalam industri.

“Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan yang sekarang sudah tujuh bulan. Doakan saya ya.

“Terima kasih kepada peminat yang undi Mawar, TV3 dan rakan media,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Olahan: AwattSyeikhhh Network

 

Be the first to comment on "Mawar Rashid Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular Di ABPBH. Netizen Mula Luah Rasa Bingung, Rupanya Sebab Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*