Seorang Doktor Naik Angin Dan Mula Mencarut Bila Dapat Seorang Pesakit Pada Pukul 3 Pagi. Netizen Mula Tak Puas Hati Dan Ini Yang Mereka Cakap

Warga Twitter menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan terhadap seorang pegawai perubatan yang menulis kata-kata kesat di laman sosial tersebut.

Difahamkan, doktor lelaki yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di Batu Pahat tersebut dikatakan tidak berpuas hati apabila pesakit kanser otak dirujuk kepadanya pada jam 3 pagi.

Ciapan yang ditulis pada 8 November lalu itu, menimbulkan kemarahan warga Twitter yang kemudiaanya mempertikaikan integriti seorang pegawai perubatan.

Dalam pada itu, ada yang cuba menjelaskan perkataan puk* dan anjing ditulis, tidak ditujukan kepada pesakit, tetapi untuk individu yang merujuk pesakit kepada beliau ketika itu.

Bagaimanapun warga Twitter tetap tidak berpuas hati dan mendakwa ayat ‘bernafas je makhluk tu lagi’ masih tidak sopan kerana ia merujuk kepada pesakit kanser tersebut.

Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, pegawai perubatan berkenaan dikatakan telah membuat permohonan maaf, namun sekali lagi mengeluarkan kata-kata kesat menerusi sebuah ciapan.

Ciapan tersebut dakwa warga Twitter, ditulis pegawai perubatan itu selepas membuat permohonan maaf kerana tidak berpuas hati dikecam warganet.

Rata-rata mereka menganggap pegawai perubatan itu tidak profesional dan tidak ikhlas meminta maaf.

Di ruangan komen, beberapa petugas barisan hadapan turut meninggalkan komen dan meluahkan rasa kesal terhadap keterlanjuran kata-kata dilakukan pegawai perubatan yang menggunakan nama @TheArifMazlan itu.

Mereka turut menasihati pegawai perubatan itu supaya bersikap lebih profesional ketika berhadapan dengan apa jua situasi ketika bertugas dan melindungi privasi pesakit.

Warga perubatan yang meninggalkan komen juga tidak menolak kemungkinan @TheAriffMazlan mungkin tertekan kerana kepenatan, namun memintanya bersabar kerana itulah cabaran dalam bertugas.

Bagaimana twit handle @TheAriffMazlan juga sudah tidak kelihatan di laman sosial tersebut selepas isu melibatkan dirinya menjadi tular.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Seorang Doktor Naik Angin Dan Mula Mencarut Bila Dapat Seorang Pesakit Pada Pukul 3 Pagi. Netizen Mula Tak Puas Hati Dan Ini Yang Mereka Cakap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*