Ini Amaran PDRM Kepada Yang Ada Video Dan Gambar Helikopter Terhempass

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan video atau gambar insiden helikopter terhem-pas di media sosial bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan.

Farouk berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

Elak Komen Tidak Wajar & Spekulasi, Polis Nasihat Orang Ramai Berhenti Sebar Video, Gambar Helikopter Terhempas!

“Pihak Polis Ampang Jaya juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan atau menghubungi talian telefon 03-4289 7343 atau 03-4289 7344 untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Dalam pada itu menurut Farouk, polis sudah merakam tujuh saksi dan mengenal pasti 20 saksi lain untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung insiden helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, semalam.

Katanya lagi, be-dah siasat terhadap kedua-dua mang-sa dilakukan pada jam 9 pagi semalam di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)

“Proses be-dah siasat diketuai Prof Dr Faridah Mohd Nor di Unit Patologi F0rensik, Jabatan Patalogi HCTM.

Bed4h siasat dilakukan dahulu ke atas m4yat Komander (B) Mohamamed Sabri Baharom, 56, (juruterbang) diikuti may4t, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, (penumpang),” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Dalam kejadian jam 11.44 pagi semalam, helikopter dinaiki kedua-dua m4ngsa terhemp4s di Taman Melawati, Ampang.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Ini Amaran PDRM Kepada Yang Ada Video Dan Gambar Helikopter Terhempass"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*