Sampai Berasap Telinga Micheal Ang Dengar Peserta Vokalmania Menyanyi

Vokal Mania adalah sebuah program realiti terbaharu di TV3 di mana 24 orang penyanyi amatur (diberi gelaran Rookie) akan bertanding dengan 4 orang penyanyi profesional (diberi gelaran Idol) bagi merebut hadiah terkumpul bernilai RM80,000!

4 orang penyanyi amatur terpilih (diberi gelaran Rookie) akan digandingkan bersama 4 orang penyanyi profesional tetap (diberi gelaran Idol) dalam setiap episod untuk berlawan membuat persembahan nyanyian lagu solo dan duet. Juri tetap akan menentukan pemenang setiap perlawanan.

Senarai Peserta Vokal Mania TV3 (2020) | Iluminasi

Seorang Rookie terbaik dalam setiap episod juga akan diberi gelaran Rookie Star Award dan pemenang akan ditentukan melalui 70% undian awam dan 30% markah daripada juri tetap. Pemenang akan memenangi hadiah menarik daripada pihak penaja.

Selain itu, penonton juga boleh mengundi kesemua 24 Rookie setiap minggu untuk membantu Rookie pilihan mereka mara ke peringkat separuh akhir pada minggu ke-7. Hanya 8 Rookie yang mempunyai campuran markah juri dan undian tertinggi layak ke peringkat ini. Mereka akan membuat persembahan untuk mendapat tempat ke peringkat akhir. Hanya Rookie sahaja yang akan bertanding di peringkat separuh akhir.

Pada episod akhir Vokal Mania, 1 Idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan 1 Rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, 1 rakaman lagu dan 1 muzik video.”

“Berasap telinga dengar!” – Micheal Ang

Aufahanie & Indah Ruhaila - Semua Jadi Satu | Vokal Mania (2020) - YouTube

Program nyanyian Vokal Mania yang bersiaran langsung setiap hari Sabtu merupakan program terbaru di TV3. Program tersebut menampilkan beberapa artis popular negara yang berentap dengan artis baru atau BBNU menunjukkan kebolehan masing-masing.

Lagi sorang ‘buat hal’ di Vokal Mania

Seperti minggu lalu, kali ini seorang penyanyi muda dikenali sebagai Aufahanie telah menjadi sasaran komen ‘pedas’ netizen berikutan penyampaian lagu yang kurang memuaskan.

“Cukuplah Nuha sorang yang hauk” -Netizen

Menerusi Twitter dengan hashtag #vokalmania, penyanyi muda yang bakatnya digilap menerusi program I Can See Your Voice itu teruk dihentam oleh warganet yang meragui kemampuannya bernyanyi.

Rata-rata mereka merasakan bahawa Aufa tidak layak berada di pentas tersebut dan perlu lebih banyak latihan lagi sebelum bersaing dengan nama besar yang lain.

Berasap telinga dengar

Selain itu, pengarah drama popular, Michael Ang turut memberi komen di laman Twitternya dengan menyifatkan nyanyian Aufa sangat teruk dan boleh membuatkan ‘telinga berasap’!

Walaupun kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi, ramai yang menyokong apa yang diperkatakan oleh Michael.

Sumber : Twitter / XTRA / OMM

 

Be the first to comment on "Sampai Berasap Telinga Micheal Ang Dengar Peserta Vokalmania Menyanyi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*