(Video) Lelaki Tunjuk Jari Tengah Kepada Penguatkuasa DBKL Di Pasar Borong Selayang. Netizen Luah Rasa Kasihan Kepada Isteri Lelaki Itu

MEMPROVOKASI DAN MENUNJUKKAN JARI TENGAH TERHADAP PENGUATKUASA JPK DBKL YANG SEDANG MENJALANKAN TUGAS.

Kejadian baru sahaja berlaku di Pasar Borong Kuala Lumpur. Menurut info yang diterima, seorang lelaki telah memandu secara melulu sehingga mahu melanggar pengunjung Pasar Borong tersebut.

Apabila mendapat aduan, Penguatkuasa JPK DBKL yang membuat kawalan di PBKL bergegas ke tempat kejadian, dan mengarahkan lelaki tersebut berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.

Lelaki yang masuk ke tempat itu dengan tujuan mengambil isterinya, telah memprovokasi Penguatkuasa, dan menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) terhadap Penguatkuasa sambil memaki hamun.

Perbuatannya itu telah dihalang oleh isterinya, dan beberapa pekerja yang berada di situ.

Polis telah tiba ke lokasi kejadian sejurus aduan dibuat oleh Penguatkuasa.

VIDEO YANG DIRAKAM OLEH PENGUATKUASA

INI ANTARA REAKSI NETIZEN

“kesian wife dia..sehabis baik dia cuba halang suami dia..tahan malu lagi..nasib baik wife dia cool lagi jawab..”

“Kalau saya wife dia memang kena high five terus muka tu tak dengar cakap. Gerammm!”

“Syabas pada isterinya. Ada setengah isteri yg lain, siap jadi batu api dan buat jadi lebih huru hara.”

Rata rata menzahirkan rasa kasihan kepada isteri pemandu yang menunjukkan jari tengah kepada penguatkuasa DBKL. Isteri lelaki tersebut tidak berputus asa untuk menenangkan suaminya yang dalam keadaan tidak waras ketika itu.

Sumber : INFO ROADBLOCK

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "(Video) Lelaki Tunjuk Jari Tengah Kepada Penguatkuasa DBKL Di Pasar Borong Selayang. Netizen Luah Rasa Kasihan Kepada Isteri Lelaki Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*