Kerana Layanan Istimewa Suami, Pelakon Farah Nabilah Nak Beranak Tiap Tahun

Aksi suami kepada pelakon Farah Nabilah, Mohamed Amirul yang gigih membantu isterinya sepanjang tempoh berpantang menarik perhatian netizen.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan Farah di Instagramnya, Amirul kelihatan tekun membantunya di samping putera sulung mereka, Andre Omar Mohamed Amirul yang sedang tidur bersebelahan.

“Fawa masih lagi tengah pantang, sekarang ni baby tengah tidur, masa inilah minta tolong suami tolong urutkan kita guna tungku moden. Tengah pantang inilah nak rasa panas-panas,” kata Farah.

Yang menjadi perhatian adalah proses bertungku Farah yang dibantu Amirul. Rata-ratanya memuji Amirul dan menyifatkan Farah bertuah memiliki suami yang penyayang sepertinya.

“Kalau macam ini punya layanan dari suami tiap-tiap tahun beranak pun tak apa tak rasa sakit. Beruntung dapat suami yang baik hati dan bertanggungjawab,” tulis pemilik akaun @iedurs4.

“Loving husband, saling melengkapi. Happy family,” tambah @amrinaazaman.

“Baiknya suami tolong tungkukan. Semoga keluarga Farah bahagia,” tulis pengguna lain pula.

Unik! Farah Nabilah Perkenalkan Nama Anak Selepas 6 Hari Bersalin

Unik! Farah Nabilah Perkenalkan Nama Anak Selepas 6 Hari Bersalin

Pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.

Farah berkongsi nama itu selepas enam hari melahirkan bayinya.

“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.

Farah berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya,

Farah dan Amirul yang bertugas sebagai juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019.

Pelakon itu selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 Oktober lalu.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Kerana Layanan Istimewa Suami, Pelakon Farah Nabilah Nak Beranak Tiap Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*