Selepas Ebit Lew Kali Ini Pelakon Zul Yahya Pula Buka Supermarket

Selepas pendakwah Ustaz Ebit Lew, kini pelakon Zul Yahya pula menceburkan diri dalam perniagaan pasar raya.

Sejak beberapa hari lalu, Zul sudah mula berkongsi tentang persiapan pembukaan pasar raya miliknya yang diberi nama Zulyahya Mart itu di Instagram.

Menurut Zul, perniagaan memerlukan usaha, tawakal dan doa yang tidak pernah putus.

“Kami belum baik, baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama.

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus, Insya-Allah,” tulisnya menerusi sebuah entri.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zul memberi sokongan dan mendoakan kejayaan untuk perniagaannya itu.

Ada juga yang berbangga kerana lebih ramai warga tempatan tampil untuk memajukan ekonomi perniagaan Islam.

Zul Yahya Ceburi Bidang Perniagaan, Buka Pasar Raya Sendiri

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Selepas Ebit Lew Kali Ini Pelakon Zul Yahya Pula Buka Supermarket"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*