Sejak Hari Kejadian Mereka Tidak Pulang Ke Rumah. Ayah Arwah Surya Beritahu Sebab Kenapa Mereka Belum Bersedia

Keluarga Siti Nur Surya masih lagi trauma dan tidak mampu menjejakkan kaki ke kediaman mereka di Kampung Lubuk Batu, Telemong yang menjadi lokasi pembu-nuhan tra-gis gadis itu, Ahad lalu.

Bapa ar-wah Ismail Muda, 58, berkata, selepas kejadian ngeri yang menimpa anak kelima daripada tujuh beradik itu, mereka sekeluarga belum mendapat kekuatan untuk pulang ke kediaman mereka dan kini tinggal buat sementara waktu di rumah datuk ar-wah di Kampung Beladau Selat, Kepong di sini.

“Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak (Siti Nur Surya) yang berlumuran da-rah ketika ditemui di ruang tamu rumah. Itulah yang menyebabkan saya sendiri belum mampu balik ke rumah di Telemong selepas kejadian itu.

“Hanya anak-anak lelaki sahaja yang berulang-alik melihat rumah dan mengambil barang keperluan seperti pakaian, namun tiada siapa yang sanggup bermalam di sana buat masa ini.

“Di samping itu, keadaan isteri saya (Zaini Musa, 55) yang terlantar sakit akibat kan-ser otak menyebabkan saya tidak boleh tinggalkan dia dalam tempoh yang lama.

“Sebelum ini, kalau saya pergi ke mana-mana ar-wah kakak yang akan jaga, tapi bila dia tiada saya terpaksa menguruskan sendiri isteri dengan bantuan anak-anak yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, Ismail menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh.

Dalam kejadian Ahad lalu, ma-yat Siti Nur Surya, 19, ditemukan dengan kesan teta-kan pada badan serta pu-tus tangan kiri di ruang tamu rumah oleh adik perempuannya, Nor Liyana Syuhada, 15, semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang juga rakan sekolah ar-wah dire-man tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kese-ksaan.

Sementara itu, abang ar-wah Muhammad Faris Akram, 23, berkata, meskipun sudah lima hari kejadian hitam itu berlaku, ibu mereka masih lagi tercari-cari Siti Nur Surya walaupun beberapa kali dimaklumkan ar-wah sudah tiada.

“Sebelum ini, ar-wah yang biasa menguruskan emak dan antara anak yang paling rapat dengan emak.

Apabila orang lain yang mengambil alih tugas, emak akan bertanya kakak pergi ke mana? “Tetapi ketika emak ingat kakak sudah mening-gal dunia dia akan sedih dan termenung,” katanya.

Sementara itu, Hanafiah berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa dan suspek yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sumber: Hmetro Online

Be the first to comment on "Sejak Hari Kejadian Mereka Tidak Pulang Ke Rumah. Ayah Arwah Surya Beritahu Sebab Kenapa Mereka Belum Bersedia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*