Video Detik Bekas Ahli UMNO Datuk Lokman Adam Ditahan Polis

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis malam tadi.

Difahamkan, beliau ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.

Beliau menerusi siaran langsung bertajuk ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul? itu turut memaklumkan didatangi pegawai polis sebelum menamatkannya.

Mengesahkan lagi penahanan itu, beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam.

“Mohon hantar peguam ke USJT (Unit Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman.

“Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

HANTARAN Lokman di FB mengenai penahanan polis terhadapnya.

Sejak beberapa hari lalu, beliau sering bersiaran langsung di Facebook berkenaan isu semasa termasuk berkaitan permohonan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan berkenaan.

UPDATE: KENYATAAN DARI PDRM

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan Lokman bagi membantu siasatan.

“Lokman ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana penggunaan perkataan kurang sopan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

Tambahnya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu.

Dalam kenyataan yang berasingan, Lokman secara terbuka meminta peguam untuk dihantar ke Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas (JSJT) di ibu pejabat polis Bukit Aman dan menghubungi individu yang dikenali sebagai Inspektor Nasir.

Saya ditahan di bawah Seksyen 506,” katanya dalam hantaran itu.

Sumber : HMETRO / ASTRO AWANI

Be the first to comment on "Video Detik Bekas Ahli UMNO Datuk Lokman Adam Ditahan Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*