Neelofa Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan PU Riz. Ibu Neelofa ‘Delete’ Komen Dia Tiba Tiba

Ibu pengacara Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed mengesahkan spekulasi anak perempuannya dirisik Pu Rizz melalui muat naik foto dan kemas kini di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Kartini mengatakan diirnya bahagia kerana Neelofa sudah menemukan insan istimewa yang bakal membimbing bidadarinya.

Ibu Neelofa edit posting asal

Neelofa Dan PU Rizz Bakal Mendirikan Rumahtangga, Ibu:

Sementara itu, menerusi satu semakan di Instagram, ibu Neelofa iaitu Noorkartini Noor Mohamed dilihat telah memuatnaik satu hantaran meluahkan rasa syukur berkenaan hari bahagian itu.

Noorkartini antaranya menulis “Saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku..”

Meskipun tidak menyatakan siapa insan yang bakal membimbing anaknya Neelofa, namun perkara sudah jelas dan Noorkartini sendiri berkongsi gambar bersama PU Riz.

Bagaimanapun semakan sekali lagi mendapati Noorkartini telah memadam hantaran asal terbabit dan menggantikannya dengan meletak emoji tanda hati sahaja.

Tapi hantara asal sudah tersebar, berikut hantaran asal ditulis ibu Neelofa

Namun hantaran asal sudah pun tersebar dan turut dikongsikan oleh beberapa portal hiburan terkenal.

Berikut hantaran ditulis Noorkartini.

” Bismillahhirohmanirohim

” Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku..

“Aaku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn

” Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.

Keduanya dikatakan akan menikah sekitar Mac 2021.

Instagram: @noorkartini

Be the first to comment on "Neelofa Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan PU Riz. Ibu Neelofa ‘Delete’ Komen Dia Tiba Tiba"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*