Dipertikaikan Cara Beri Bantuan, Abby Abadi Menjawab Soalan Kenapa Cara Dia Tak Sama Dengan Ustaz Ebit Lew

Pelakon Abby Abadi menyatakan dia mempunyai cara tersendiri dalam urusan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menurut Abby, 43, ada segelintir yang membandingkan caranya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang memilih untuk melakukan secara terang-terangan.

“Saya menolong Lillahi Taala. Saya minta maaf kalau ada yang pertikaikan usaha saya, kenapa takda gambar serahan, kenapa takda bukti, kenapa tak macam Ustaz Ebit, kenapa begitu, kenapa begini.

“Masing-masing dengan cara tersendiri. Takda masalah pun terang-terangan atau tersembunyi. ALLAH Maha Tahu.

“Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar. Saya kecil-kecilan ja,” tulisnya di Instagram (IG).

Abby Abadi Bengang Niat Murni Nak Bagi Bantuan Dipertikaikan,

Tambah Abby, bagi memuaskan hati sesetengah orang dia terpaksa meminta gambar bukti barang daripada individu yang menerima bantuan.

“Saya tag haritu IG mereka yang saya bantu, di cari salah juga. Pergi jenguk satu-satu, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah.

“Ni tak tag, kata macam-macam juga. Buruklah perangai mencari-cari salah orang.

“Dan meletakkan diri di di tempat mereka yang susah ni, saya sendiri malu nak minta bantuan sebenarnya tapi keadaan memaksa.

“Dah minta, dapat, ada yang saya suruh dorang hantar tunjuk barang yang dibeli. Gambar anak-anak yang dikirim pun saya kesian.

“Tak sampai hati nak tengok sebenarnya. Jadi saya tutup semua biar aib mereka terjaga.

“Kalau saya tolong sendiri pakai duit sendiri, memang saya diamkan ja tapi ni sebab ajak sahabat-sahabat saya di sini menyumbang juga, jadi saya bagitau apa yang perlu.

“Duit terkumpul memang saya agih setiap hari. Saya memang usaha nak cepatkan proses sebab ramai yang putus bekalan terus terutamanya yang ada baby kecil, nak mereka bagi bukti macam mana baru boleh lulus bantuan?” tulis Abby.

https://www.instagram.com/p/CG8pr2LDqoD/

Dalam pada itu, tegas pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, sekiranya tidak yakin untuk menderma seeloknya jangan dilakukan.

“Jadinya pada yang gigih minta bukti, saya kata tak yakin dengan saya takyahlah menyumbang ye.

“Bukan banyak pun yang terkumpul. Dan saya takut pada ALLAH. Takkan saya ambil duit ni untuk keperluan saya,” tulisnya lagi.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Dipertikaikan Cara Beri Bantuan, Abby Abadi Menjawab Soalan Kenapa Cara Dia Tak Sama Dengan Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*