Tuan Rumah Ini Sedih Bila Penyewa Nak Keluar Rumah. Rupanya Apa Penyewa Ini Sudah Buat Memang Jarang Terjadi

Anggota polis, Noor Azrol Saad, dari Senawang mungkin tuan rumah paling bertuah kerana penyewa rumahnya bukan sahaja mengecat semula kediaman, malah turut membaiki kerosakan sebelum berpindah.

Malah, rumah ditinggalkan penyewa turut berada dalam keadaan bersih tanpa kekotoran dan sampah sarap.

Noor Azrol, 34, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya turut berkongsi cerita mengenai kebaikan penyewa rumahnya di Facebook miliknya.

Ketika dihubungi, Noor Azrol yang kini tinggal di Senawang berkata, dia terkejut selepas penyewa rumahnya dikenali Fitri Alif mengecat bahagian dalaman rumahnya itu sebelum berpindah.

Menurutnya, Fitri Alif menyewa rumahnya di Taman Pinggiran Felda berhampiran Sungai Kelamah, Gemas sejak 2017.

BAHAGIARN dalam rumah dibersihkan dan kerosakan dibaiki sebelum penyewa berpindah.

“Dua bulan lalu, dia memberitahu saya akan keluar dari rumah sewa itu kerana sudah membeli rumah sendiri di Gemencheh.

“Saya terkejut malah turut berharap dia terus tinggal menyewa dan menyarankan dia menyewakan pula rumah dibeli kepada orang lain,” katanya.

Noor Azrol berkata, pesanan kepada Fitri Alif supaya menjaga rumahnya itu seperti rumahnya sendiri ketika dia mula menyewa pada 2017, benar-benar dipatuhi.

Katanya, dia pernah datang melihat rumah sewanya pada 2018 dan terkejut melihat perubahan dilakukan Fitri Alif sehingga secara berseloroh memberitahunya mahu tinggal kembali di rumah miliknya.

“Berikutan percaya kepadanya, kami hanya berhubung melalui telefon jika terdapat sebarang masalah dan saya menyifatkan Fitri Alif sebagai seorang yang bertanggungjawab.

“Pengalaman sebelum itu apabila dua penyewa membuat onar sangat menakutkan saya untuk menyewakan rumah, namun tidak sangka Fitri Alif lain daripada yang lain,” katanya.

Noor Azrol berkata, dia berharap penyewa baharu rumahnya itu turut mempunyai sifat tanggungjawab dan menjaga rumah disewa dengan baik.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tuan Rumah Ini Sedih Bila Penyewa Nak Keluar Rumah. Rupanya Apa Penyewa Ini Sudah Buat Memang Jarang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*