Sheila Mambo Dikatakan ‘Kedekut’ Kerana Sanggup Cuci Facemask Dan Pakai Semula. Dia Tampil Beritahu Sebab Sebenar

Baru-baru ini, perkongsian Sheila Mambo di Instagram menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu mengakui terpaksa mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan untuk dipakai semula.

Menurut Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, dia berbuat demikian kerana kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka bukanlah murah apatah lagi perlu digunakan setiap hari seperti yang diwajibkan oleh pihak kerajaan.

“Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai. Tapi saya hanya buat sekali sahaja, lepas tu saya buang guna yang baru.

“Siapa macam saya? Bukan kedekut, tapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dah kering, letak air. Kalau tak tembus air, masih elok diguna pakai,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sheila turut memuat naik cara-cara membasuh pelitup muka pakai buang yang sering dilakukannya walaupun sepatutnya ia tidak boleh diguna pakai semula.

Mengakui hal tersebut bertentangan dengan saranan yang dikeluarkan pihak berwajib, namun Sheila berkata dia menggunakan pelitup muka itu dalam tempoh sekejap sahaja.

https://www.instagram.com/p/CGtq3LZrMoY/

“Ada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) saran guna mask paling lama dua jam dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu makan dan pakai sekejap dah boleh buang, jangan pakai lagi.

“Saya kalau guna sekejap kurang dari dua jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dengan orang ramai, saya akan jemur selepas pakai.

“Saya guna hanya dua kali sahaja, lepas tu saya basuh dan keringkan kalau masih elok tidak keluar bulu-bulu kapas,” jelasnya.

Perkongsian pelakon itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang meneger tindakannya itu serta menasihatkan untuk tidak mengulang pakai pelitup muka pakai buang demi jaminan keselamatan kesihatan diri.

Namun, ada dikalangan netizen mengatakan mereka juga turut melakukan perkara yang sama memandangkan harga pelitup muka bukan murah dan mereka terpaksa mengulang pakai semula.

SHEILA MAMBO JELASKAN PERKARA SEBENAR

Sembilan bulan tiada tawaran berlakon - Sheila Mambo | Harian Metro

Aduhhhh, Kelakar gak.. Ok biar saya jelaskan niat saya sebenarnya.. Saya nk menegur sesetegah pemakai mask secara terus terang pd org yg saya tk kenal takut nanti mengAIB kan mereka. Jadi secara sopan memberi tunjuk ajar lebih baik, sebab kita tak tahu kemampuan sesaorng.

Ada yg paling tak sedap mata memandang, mask diaorg kotor sgt2. Dah tk nampak warna putih (Malah saya jg pernah beri mask yg saya selalu bwk extra pd org yg kdg2 org tua, pakai mask yg 1 lapis, ada yg getah dh putus. Ada yg anak ramai tapi yg pakai hanya 2 anak, yg 2 lagi takde kata ibunya tak cukup.)

“Its just a General Education”

Dengan asbab video saranan saya semalam, ramai yg dm saya nk bg mask percuma yg blh pakai cuci, Allahuakbar.. Rupanya ramai manusia yg sgt tinggi budi dan keperihatinan mereka. Terima kaseh byk2 semoga Allah permudahkan segala urusan semua. Jgn kritik, kutuk atau cemuh saya. InshAllah kita doa semoga Covid19 pergi terhapus..

Sumber : RotiKaya

Be the first to comment on "Sheila Mambo Dikatakan ‘Kedekut’ Kerana Sanggup Cuci Facemask Dan Pakai Semula. Dia Tampil Beritahu Sebab Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*