DG Noor Hisham Muncul Dalam Animasi Boboiboy. Netizen Puji Suara Kerana Nampak Sesuai Dalam Animasi

Hampir saban hari kita rakyat Malaysia menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tampil di kaca televisyen mengadakan sidang media.

Bertali leher dan memakai jaket rasmi, itulah ‘imej’ rutin Noor Hisham yang merupakan orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam manyampaikan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di negara ini.

Bahkan, setiap hari jugalah kita semua akan mendengar Noor Hisham yang dianggap ‘hero’ itu menasihati rakyat Malaysia untuk terus patuh dengan segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Begitupun, lain pula kisahnya kini apabila Noor Hisham dilihat mula terjebak dengan dunia animasi.

Eh, nak beralih masuk industri kreatif ke tu?

Semuanya selepas satu video memperlihatkan karakter Noor Hisham membuat kemunculan bersama watak adiwira, Boboiboy yang merupakan kartun animasi kanak-kanak popular.

Video yang tular di beberapa platform media sosial itu merupakan sebuah khidmat pesanan masyarakat (PSA) yang diterbitkan syarikat produksi, Monsta hasil kerjasama KKM yang bertajuk CAPP bersama Tan Sri Dr Noor Hisham dan BoBoiBoy!

DG Hisham Dah Geng Dengan Boboiboy Lah! Netizen Puji Tan Sri 'Cute', Suara Padu!

CAPP merupakan konsep pembudayaan norma baharu yang bermaksud Cegah, Amalkan, Patuhi dan Pantau dalam memerangi Covid-19.

Video tersebut memaparkan watak Boboiboy dan beberapa rakannya yang lain cuba melawan virus Covid-19, namun misinya tidak berjaya.

Tidak lama kemudian, muncul karakter Noor Hisham sebagai penyelamat yang tampil memaklumkan kepada Boboiboy bahawa tidak perlu sebarang kuasa dalam menghapuskan virus berkenaan.

“Kamu tak perlukan kuasa untuk mengalahkan virus COVID-19, kamu hanya perlukan CAPP. Dengan CAPP anda pun boleh menjadi adiwira,” katanya.

Sejak dimuat naik di Youtube, video berdurasi 65 saat tersebut sudah mencecah lebih 160,000 tontonan selain diulang kicau di laman rasmi Twitter KKM lebih 4,000 kali.

Ternyata, di ruangan komen rata-rata netizen memuji watak animasi Noor Hisham itu.

“Padunya suara Dr Hisham! Lepas ni bolehlah ambil jadi pelakon suara untuk mana-mana kartun atau anime studio.

“DG Hisham jadi kartun pun elok.

“Comelnya..,” komen sebahagian netizen.

Jadi, kalau anda ingin jadi adiwira, inilah waktunya! Jom sama-sama kita berganding bahu melawan virus Covid-19!

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "DG Noor Hisham Muncul Dalam Animasi Boboiboy. Netizen Puji Suara Kerana Nampak Sesuai Dalam Animasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*