Scha Alyahya Akhirnya Bersuara Dan Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Akaun Instagram Dia Ditutup

Menjadi kebimbangan peminat apabila pelakon dan pengacara Scha Alyahya secara tiba-tiba memadam akaun Instagram miliknya. Lebih membimbangkan apabila dia memuatnaik kapsyen ‘I’ve had enough‘ membuatkan ramai pihak berasa bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang hamil itu.

Terbaru, menerusi laporan Media Hiburan, isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu akhirnya tampil mengatakan dia tersilap dan menjelaskan berhubung isu Instagram hilang.

Silap ‘deactivated’ akaun

Pengacara yang memiliki pengikut seramai lebih kurang 5 juta itu menjelaskan kesilapan tersebut berlaku ketika dia mahu membuat ‘link’ ke akaun perniagaan Facebook.

Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita, panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula.

Bagaimanapun, Scha memohon agar peminatnya mendoakan kesihatan ketika dirinya sedang sarat mengandung ketika ini.

Sumber: Media Hiburan via OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Scha Alyahya Akhirnya Bersuara Dan Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Akaun Instagram Dia Ditutup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*