Telefon Bimbit Amyra Rosli Selalu Hilang Berjam Lamanya Tapi Akan Muncul. Amyra Kongsi Gambar Apa Dalam Telefon Dia Selepas Jumpa

Sudah menjadi perkara biasa bila ada anak yang sedang membesar, apatah lagi dengan sifat mereka yang serba ingin tahu dan mahu mencuba sesuatu.

Ada masanya melihat gelagat mereka yang dewasa juga membuatkan mereka terikut-ikut gaya dan cara. Mungkin itulah yang terjadi kepada pelakon Amyra Rosli yang sering sahaja kehilangan telefon di rumahnya.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Amyra berkongsi apa sebenarnya yang berlaku kepada telefonnya yang selalu hilang.

“Phone mommy selalu hilang kat rumah pastu dah beberapa jam jumpa phone balik n tengok penuh gallery.

“Pastu mommy gelak-gelak pastu lupa nak replyyyyyyyy msg korang. So kalau ada anything urgent call je terus ok,” tulis Amyra yang berkongsi sebab telefonnya sering hilang.

Slide ke kanan untuk lihat gambar gambar lain.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Amyra merupakan gambar anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang mengambil gambarnya sendiri menggunakan telefon Amyra.

Pasangan Amyra dan Amar Baharin dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Telefon Bimbit Amyra Rosli Selalu Hilang Berjam Lamanya Tapi Akan Muncul. Amyra Kongsi Gambar Apa Dalam Telefon Dia Selepas Jumpa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*