3 Kali Dia Tambah Sabun Sebab Baju Masih Bau Busuk Dalam Mesin Basuh. Bila Diperiksa Ini Yang Dia Jumpa Dan Akhirnya Dia Menangis Selama 30 Minit Dalam Bilik Air

Gambar diatas hanya sekadar hiasan

Menjaga anak-anak yang sedang aktif diakui bukanlah perkara yang mudah. Kesabaran dari segi emosi dan mental sangat penting dalam mendidik anak yang bermacam-macam ragam ini.

Seperti perkongsian seorang individu di laman Anak Sepahkan Apa Hari Ini?, ketika membasuh pakaian dia menyedari baju berbau busuk. Dia berkali-kali menambah sabun dan pewangi pakaian namun hasilnya tetap sama.

Bila angkat rupa-rupanya

3 kali Omi bubuh sabun basuh kain. 3 kali Omi bubuh pewangi tapi kain baju tetap busuk. Last-last bila angkat semua baju rupa-rupanya ada udang galah berenang-renang dalam mesin basuh.

Ada yang tanya kenapa udang tu tak hancur lunyai. Tah la sis saya pun tak pasti mungkin sebab udang baru mengail sama kot udang galah kulitnya keras sama. Suami beli RM80 dari kawan dia pi mengail udang fresh. Saya memang menangis 1/2 jam dalam bilik air. Siapa yang pernah alami ja yang akan rasa. Udang tak boleh makan, kain baju busuk, mesin basuh busuk pastu banyak pulak kulit-kulit dan kaki-kaki udang sangkut dalam tu.

Menurut ibu ini, dia menyedari baju-baju dibasuh bersama udang-udang mentah setelah mengangkat pakaian untuk diperiksa. Tidak hairanlah walaupun sudah berkali-kali basuh, pakaian tetap busuk!

Bertabahlah ibu

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan netizen. Rata-rata daripada mereka memberikan kata-kata semangat dan mendoakan si ibu tabah dalam mendidik anak.

Sumber: Anak Sepahkan Apa Hari Ini? via OH BULAN

Be the first to comment on "3 Kali Dia Tambah Sabun Sebab Baju Masih Bau Busuk Dalam Mesin Basuh. Bila Diperiksa Ini Yang Dia Jumpa Dan Akhirnya Dia Menangis Selama 30 Minit Dalam Bilik Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*