Syaiful Zero Tiba Tiba Luahkan Perasaan Sedih. Selama Ini Hanya Ketawa Tapi Kali Ini Dia ‘Menangis’

Pelawak kumpulan Zero, Syaiful sememangnya terkenal dengan sikap yang gemar mengusik dan sering membuatkan ramai orang ketawa.

Namun begitu dinding emosi Syaiful akhirnya tewas apabila dia berkongsi coretan menyentuh hati mengenai perasaan rindunya terhadap arwah bapa kesayangan.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagram, Syaiful menyatakan dia tidak dapat melupakan kenangan istimewa bersama bapanya.

“Ayah saya betul-betul rindu ayah, saya betul-betul rindu pelukan ayah… Semua kenangan semasa kita kerja ikan, terik panas kita tarik bakul ikan hujung ke hujung semua tu saya tidak boleh lupakan ayah.

“Ayah Saya Betul-Betul Rindu Peluk Ayah” – Jarang Tunjuk Emosi, Akhirnya Syaiful Zero Buat Ramai Sebak

“Banyak lagi ayah saya tidak boleh lupakan bersama ayah… Saya cuma beritahu dengan ayah saya betul-betul sayangkan ayah…

“Yaa Allah ampunkan lah segala dosa ayah ku, tempat kan lah ayah ku dalam golongan orang-orang yang beriman AL-FATIHAH… Aminnn Yaa Allah…” coretnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, pengikutnya juga turut memberikan kata-kata semangat buat Syaiful selain turut menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah bapanya.

“Jika rindu perbanyakkan doa dan sedekahkan ayat-ayat Al-Quran buat arwah… InshaAllah hati lebih tenang… Al-Fatihah buat arwah ayah, moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman… Amin,” tulis @maz2785.

“Al-Fatihah… Moga arwah ayahmu tenang di sana dik. Sis pun rindukan arwah abah dan emak sis juga suami dan ankku… Al-Fatihah buat mereka…” komen @haszue._.

Sekadar info, Zero merupakan kumpulan pelawak adik-beradik yang dianggotai oleh Syaiful, Sharif dan Atu.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Syaiful Zero Tiba Tiba Luahkan Perasaan Sedih. Selama Ini Hanya Ketawa Tapi Kali Ini Dia ‘Menangis’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*