Adakah AC Mizal Akan Ganti Terus Nabil Dalam Gegar Vaganza. Nabil Beritahu Apa Yang Dia Rasa BIla Dengar Akan Diganti

Selepas enam musim bersiaran, kali pertama pengacara Nabil Ahmad digantikan tempatnya dengan Datuk AC Mizal bergandingan dengan Jihan Muse pada minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7) dua minggu lalu.

Melihatkan pertukaran itu, reaksi bercampur-aduk datang daripada penonton; ada yang bersetuju tempat Nabil diberikan sekali sekala kepada pengacara lain dan ada pula sebaliknya.

Mengulas mengenai perkara terbabit, jelas Nabil dia bersedia seandainya tempatnya digantikan dengan pengacara lain yang hebat seperti AC Mizal.

APA NABIL RASA BILA DENGAR AC MIZAL AKAN GANTI DIA

Dah Sedia Kalau GV Gantikan Pengacara Nabil Ahmad Dengan AC Mizal?

“Saya selalu percaya pada rezeki, kalau ramai cakap dia lagi okey hoskan GV, terpulang. Tapi keputusan itu bergantung pada produksi juga.

“Untuk saya, show sebegini pengacara yang best layak ada sini.

“Saya tak ada masalah kalau dia hoskan sebab dia best dan profesional. Malah, dia pun berpengalaman.

“Sepanjang minggu pertama semasa dia tolong gantikan saya, saya sendiri mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, nasib baik ada dia,” katanya kepada Gempak.

Nabil terpaksa berehat pada minggu pertama GV7 ekoran diserang penyakit angin pasang.

Puji Nabil lagi, AC Mizal seorang pengacara yang versatil dan terbuka baginya seandainya individu sehebat beliau menggantikan posisinya.

“Dia betul versatil. Kena dengan apa dia ada, pendek kata boleh letak dia mana-mana. Itulah kehebatan pengalaman. Saya pun sentiasa menyanjungi beliau dan Datuk Aznil Nawawi, dengan merekalah saya belajar,” tambahnya.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Adakah AC Mizal Akan Ganti Terus Nabil Dalam Gegar Vaganza. Nabil Beritahu Apa Yang Dia Rasa BIla Dengar Akan Diganti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*