Bekas Isteri Dai Farhan Beritahu Kenapa Ramai Isteri Selepas Jadi Janda Makin Cantik

Bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin mengakui wanita yang bergelar janda akan lebih kelihatan cantik atas beberapa sebab.

Selain tidak punyai suami yang membuatkan seseorang wanita itu serabut, janda juga lebih terurus apabila perlu menjaga diri sendiri.

“Selalu orang cakap perempuan ni kalau jadi janda makin cantik nak pancing lelakilah tu. Tet! Salah tu ye.

“Janda-janda makin cantik sebab tak ada suami yang membuatkannya makan hati, serabut kepala dan macam-macam lagi,” tulis Dr. Erin menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Justeru, Dr. Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi menyarankan golongan wanita agar sentiasa menjaga diri dan penampilan tidak kira apa juga status.

“Umur bukan kayu ukur untuk kita tidak kisah bab-bab melawa ni. Makin berumur makin kena jaga gila-gila selagi mana ada kita ni perempuan tambah ada suami.

“Tolonglah sentiasa jadi seksi seksa untuk suami anda jika tidak jangan salahkan mak-mak janda pula.

“Mak-mak janda ni selalu kena serang dengan isteri yang insecure, masa ada laki kena melawa betul-betul.

“Jangan lepas kena cerai baru nak bagi suami menyesal tinggalkan dia dulu. Janganlah macam tu adik kakak.

“Ada suami lagi kena melentik menggoda sakan untuk suami. Tak kiralah kita ni muslimah level kayangan ke, wanita kluster surirumah ke, sebab orang laki ni ujian nombor satu dia wanita!

“Kalau suami kita serban berlingkar-lingkar pun main dengan fitrah kejadian lelaki suka pada benda-benda yang lawa,” katanya.

Malah, Dr. Erin turut berpesan kepada golongan lelaki agar sentiasa menjaga isteri sebaik mungkin.

“Wahai suami di luar sana, jagalah isteri kalian baik-baik. Bahagiakanlah dia, insya-Allah makin ramai isteri-isteri dan mak-mak yang makin lawa lepas ni.

“Umur hanya kayu ukur untuk kita beringat untuk ke alam satu lagi,” pesannya.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Bekas Isteri Dai Farhan Beritahu Kenapa Ramai Isteri Selepas Jadi Janda Makin Cantik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*