Selepas Menteri Besar Selangor Melawat Sungai Selangor Fasa 2, Beliau Beri Kenyataan Bila Rakyat Akan Dapat Semula Air

Siapa yang tak marah kalau air selalu sangat tiada, ada yang baru sahaja dapat air pagi tadi tapi tidak sampai beberapa jam air hilang semula.

Satu lagi insiden pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi ini, menurut kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Susulan itu, arahan henti tugas telah dikeluarkan untuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Henti tugas keempat-empat loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan.

Ia melibatkan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Menteri Besar Beritahu Bila Boleh Dapat Semula Air

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari telah pergi melawat Muka Sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2 untuk memantau kerja kerja pemulihan.

Menurut beliau, rakyat boleh terima air petang ini (19hb Oct 2020)

Ini kenyataan rasmi Menter Besar

Saya kini di Muka Sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2 untuk meninjau kerja-kerja pemulihan bekalan air akibat pencemaran yang dikesan awal pagi ini. Kadar pencemaran kini mencatat bacaan 1 TON.

Bekalan air akan mula disalur apabila bacaan cecah 0 TON. Usaha pemulihan pencemaran sedang giat dilaksanakan.

Mengikut trend perkembangan bacaan semasa, pencemaran dijangka akan pulih pada petang ini. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat selepas itu. Laporan polis telah dibuat berhubung kes pencemaran. Siasatan sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu, 81 lori tangki air, 34 tangki statik dan 17 Pusat Khidmat Setempat telah digerakkan oleh Air Selangor untuk kegunaan para pengguna yang terlibat.

‘Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor’ – Exco Selangor

'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor

“Sebenarnya, ramai yang salah faham. Sepanjang Sungai Selangor ini tiada kilang-kilang haram,” kata Exco Negeri Selangor, Hee Loy Sian.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor itu berkata demikian sewaktu dalam sidang media di Kuala Selangor, berkaitan isu pencemaran di Sungai Selangor yang menjejaskan bekalan air bersih kepada lebih sejuta akaun pengguna.

Menurutnya, kilang-kilang haram itu kebanyakannya berada di Rawang. “Sisa buangan dari kilang itu mengalir ke longkang, kemudian ke anak sungai dan barulah mengalir ke Sungai Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan wartawan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap kilang-kilang haram yang melakukan pencemaran air.

Kredit: Astro Awani

Olahan: AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment on "Selepas Menteri Besar Selangor Melawat Sungai Selangor Fasa 2, Beliau Beri Kenyataan Bila Rakyat Akan Dapat Semula Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*