Produk Pereka Fesyen Popular Datuk Jovian Mandagie Diciplak. Apa Tindakan Datuk Jovian Memang Tak Disangka Langsung

Pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie akur apabila ada pihak tidak bertanggungjawab meniru pelitup muka rekaannya untuk dijual.

Menurut Jovian, dia tidak akan membawa perkara itu ke muka pengadilan kerana menganggap ia mungkin salah satu cara mereka mencari rezeki.

“Isu Jovian Mask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan tak nak fight, tapi mungkin depa pun tengah susah nak cari income.

“Kita lepaskan sahajalah kes ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita reda, and

move on! Setuju?” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Jovian turut berseloroh memberitahu dia mahu sibukkan diri dengan aktiviti berbasikal sambil memikirkan idea baru untuk rekaannya.

“Daripada saya sibuk saman-menyaman di musim PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ni, baik saya kayuh basikal dan fikir apa nak release produk baru apa for all Jovianista,” katanya lagi.

Sekadar info, Jovian merupakan menantu kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Jovian berkahwin dengan Nina Ismail Sabri pada Disember 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tiga tahun.

“Mungkin Mereka Tengah Susah Nak Cari...”- Isu Mask Diciplak, Jovian Tak Saman

KENYATAAN PENUH JOVIAN

“Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight, tapi mungkin depa pun tgh susah nak cari income. Kita letgo aja lah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha, and move on! Setuju?”

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Produk Pereka Fesyen Popular Datuk Jovian Mandagie Diciplak. Apa Tindakan Datuk Jovian Memang Tak Disangka Langsung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*