Ada Orang Tegur Safawi Rasid Jangan Gagal Sebab Seorang Perempuan. Ini Komen Balas Safawi

Tak pasal-pasal entri Instagram Syifa Melvin menjadi tempat berbalas-balas komen antara peminat hanya kerana seorang wargamaya menulis sesuatu yang agak peribadi terhadap pemain bola sepak yang dikatakan bercinta dengan Syifa iaitu Safawi Rasid.

Entri yang hanya berkongsikan gambar dan mempromosikan produk sendiri menjadi tempat bertelagah ramai yang marah dengan campur tangan netizen tersebut.

“@safawirasid29 wi, jangan disebabkan perempuan karier mu jatuh. Timba pengalaman selama mungkin di luar negara. Wa sentiasa doakan lu bro,” tulis netizen tersebut.

Hal kerja yang dicampur adukkan dengan hal peribadi oleh netizen itu membuatkan Safawi membalas kembali komen tersebut.

“@ratazeem thank you bro support tapi personal hal jangan babitkan. Wa ada otak lagi,” balas Safawi.

RESPOND NETIZEN YANG LAIN

Ramai wargamaya lain juga kurang bersetuju dengan netizen tersebut yang mencampuri urusan peribadi Safawi. Mereka juga turut sama memberikan pendapat masing-masing.

JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG

Safawi Rasid kini berada di Portugal menyertai Portimonense SC, Kelab Liga Premier Portugal.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ada Orang Tegur Safawi Rasid Jangan Gagal Sebab Seorang Perempuan. Ini Komen Balas Safawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*