Kerana Berkahwin Dengan Warga Asing, Dia Terpaksa Tanggung Semua Ini

Seorang wanita hanya mampu menangisi nasibnya bersama dua anak kecil apabila diceraikan suami warga Pakistan yang pulang ke negara asal.

Ibu tunggal, Hanum Ramli, 40, berkata, dia baru saja diceraikan suami dua bulan lalu dan ditinggalkan di bilik sewa di rumah kedai di Nilai bersama dua anak, Muhammad Hassan Muhammad Hussain, 1, dan Muhammad Harith, 6.

“Kami tiga beranak ditinggalkan di bilik sewa tanpa kemudahan asas dan yang merumitkan keadaan ialah bercampur dengan warga asing yang lain serta berkongsi bilik air sama.

“Saya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada sumbangan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan sedangkan bilik sewa ini pun sudah RM300 sebulan, belum termasuk perbelanjaan lain.

“Bekas suami tak tolong langsung dari segi perbelanjaan harian dan dalam masa yang sama kesihatan saya sering terganggu kerana anak bongsu ini dilahirkan secara pembedahan,” katanya yang berasal dari Johor Bahru.

HANUM bersama dua anaknya ditinggalkan di bilik sewa di rumah kedai di Nilai. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Katanya, dia tiada kemahiran dan kalau mahu bekerja pun anak-anak masih kecil memerlukan yang penjagaan sepenuhnya.

“Saya dulu pernah tinggal di Johor dengan menumpang di tanah kerajaan tetapi sekarang hanya emak bersama adik-beradik lain tinggal di situ dan saya tidak mahu menyusahkan mereka.

“Saya ada dua lagi anak lelaki berusia 14 dan 16 tahun dari perkahwinan pertama tinggal di asrama anak yatim di Pontian, Johor.

“Tahun ini saya tidak lagi bertemu dengan dua anak saya yang meningkat remaja itu dan mereka pun tidak tahu keadaan saya tetapi saya hanya berjanji akan mengambil mereka jika ada kediaman yang selesa nanti,” katanya.

Hanum berkata, dia tiada tempat bergantung dan kalau ada masalah dia hanya mengadu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) yang sering membantunya.

“Malu juga tetapi saya tiada pilihan kerana saya tiada sesiapa di sini dan lebih malang gagal dalam perkahwinan namun kehidupan perlu diteruskan demi anak-anak yang masih kecil.

“Saya sedang mencari pekerjaan yang sesuai yang boleh dilakukan di rumah kerana perlu menjaga dua anak yang masih kecil malah saya juga mengalami sakit pinggang selepas pembedahan anak bongsu

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Kerana Berkahwin Dengan Warga Asing, Dia Terpaksa Tanggung Semua Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*